awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Polis, bomba sahkan tiada kejadian 16 hanyut di Telemong

Bernama
Bernama
19/12/2021
09:32 MYT
Banjir: Polis, bomba sahkan tiada kejadian 16 hanyut di Telemong
Polis menafikan mesej tular menerusi media sosial hari ini mengatakan 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilang kononnya berlaku di Telemong, Bentong.
KUANTAN: Polis menafikan mesej tular menerusi media sosial hari ini mengatakan 16 orang hanyut dengan lima daripadanya masih hilang kononnya berlaku di Telemong, Bentong.
Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata orang ramai diminta berhenti menyebarkan mesej tersebut bagi mengelak kegusaran terutamanya dalam situasi genting yang sedang berlaku kini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani juga mengesahkan tiada kejadian itu berlaku dan tidak menolak kemungkinan ia dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dengan menggunakan gambar lama yang tidak berkaitan dengan banjir yang sedang berlaku.
Hari ini, tular menerusi WhatsApp dan Facebook gambar seorang anggota bomba dalam keadaan berbalut di bahu sedang duduk dengan keterangan 'dekat Telemong Pahang, 16 orang hanyut, 10 dapat diselamatkan, satu meninggal dan lima lagi masih dicari. Allahu'.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu mengesahkan setakat ini tiada laporan diterima mengatakan terdapat kejadian maut akibat terkena renjatan elektrik di Batu 3, di sini akibat banjir.
Dakwaan itu tersebar dalam kalangan mangsa banjir yang berada di beberapa pusat pemindahan sementara di sini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#hanyut
#mesej tular
#polis
#bomba
#telemong
#Bentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan