SHAH ALAM: Mangsa banjir di Taman Sri Muda di sini menyifatkan proses permohonan dan pengagihan bantuan oleh kerajaan Persekutuan dan negeri termasuk Bantuan Wang Ihsan (BWI) sebagai mudah dan lancar.
Pang Lu Tan, 72, berkata dia hanya perlu menyediakan kad pengenalan dan beberapa keping gambar kejadian banjir sebagai bukti, semasa mengemukakan permohonan kepada Pejabat Daerah Klang dua minggu lepas, sebelum menerima mesej bagi menerima bantuan hari ini.
"Nak mohon pun tidak susah, cuma bawa salinan kad pengenalan saya dan isteri sahaja, saya juga sediakan beberapa keping gambar kejadian banjir sebagai bukti. Pejabat Daerah Klang juga mudahkan urusan dengan menggunakan satu borang permohonan bagi dua bantuan iaitu BWI dan BSB (Bantuan Selangor Bangkit).
"Jadi hari ini saya dapat dua bantuan sekali gus, setiap satu RM1,000. Bolehlah guna untuk beli beberapa barang keperluan yang rosak," katanya kepada pemberita selepas menerima agihan kedua-dua bantuan itu di Dewan Azalea, Taman Sri Muda di sini, hari ini.
Pang tidak menafikan bantuan tersebut agak kecil jika dibandingkan dengan jumlah kerugian dialami, namun sedikit sebanyak ia dapat meringankan bebannya sekeluarga.
SEMUA MENGENAI BANJIR DI SINI
"Bukan tempat kita saja yang kena banjir, merata tempat kena. Jadi, bantuan ini sedikit sebanyak sudah membantu," katanya.
Bagi Hamizan Sampol, 46, yang datang berkerusi roda ke dewan tersebut berkata proses pengagihan disifatkan cepat dan berjalan lancar, selain mengutamakan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) seperti dirinya.
"Saya dengan isteri Siti Rokoyyah Hasan, 41, bertolak sekitar pukul 9 pagi dan untuk sampai sini ambil masa sedikit, sebab dimaklumkan hari ini ramai yang terima bantuan. Memang sedikit sesak, tapi pihak pengurusan di dewan ini telah menyediakan stesen khas untuk OKU dan warga emas jadi kami tidak perlu tunggu lama.
"Alhamdulillah, saya nak gunakan bantuan ini untuk ganti motor katil automatik saya yang rosak apabila katil yang diletakkan di tingkat bawah rumah saya ditenggelami air ketika banjir tempoh hari," katanya yang cacat di bahagian kaki akibat kemalangan tahun lepas.
Seorang operator kilang di Seksyen 16, di sini, N. Sivakumar pula berkata bantuan tersebut akan digunakan bagi membeli barangan elektrik untuk rumahnya.
"Walaupun ada yang kata RM2,000 untuk dua bantuan itu kecil, tetapi sebenarnya amat membantu kami yang dalam kesusahan," katanya.
Tinjauan Bernama di pusat pengagihan bantuan mendapati penerima mula memenuhi kawasan berkenaan seawal pukul 8 pagi bagi menerima BWI daripada kerajaan pusat dan BSB daripada kerajaan Selangor.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022
Orang ramai beratur panjang untuk menerima BWI dan BSB ketika tinjauan di Dewan Azalea, Taman Sri Muda hari ini. - Gambar/ Bernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Banjir: Kerajaan Selangor teliti pelaksanaan terowong SMART - MB
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik sebarang cadangan sebagai langkah mengatasi bencana alam itu.
Kerajaan Selangor belum putus ambil tindakan kes penipuan permohonan banjir - MB
Pihaknya telah mengeluarkan nama-nama pemohon selepas mengesan berlaku pertindihan dalam proses permohonan.
Lanjutan moratorium akan dikemuka pada bank - Tengku Zafrul
Cadangan pelanjutan tempoh moratorium yang dijadual berakhir hujung bulan ini akan dikemukakan kepada institusi perbankan.
Banjir: Khalid Samad nafi 'hilang dari radar'
Pada 18 Disember, beliau berada di Shah Alam bagi menguruskan seorang bapa yang kehilangan sembilan ahli keluarga akibat nahas jalan raya.
Mesyuarat Khas Parlimen: Paksa syarikat balak bayar ganti rugi akibat banjir - Anwar
Ia termasuk memaksa syarikat terlibat membayar ganti rugi kepada mangsa yang mengalami kerosakan harta benda dan kerugian.
Mesyuarat Khas Parlimen: 'Rakyat mati, rumah hanyut... kita pilih pergi umrah' - Anwar
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata ada yang memilih untuk melaksanakan umrah berbanding mengutamakan nyawa rakyat.
Tidak boleh beri laluan mudah pengeluaran KWSP, tapi tambah peruntukan - Anwar
Cadangan Anwar pertimbang bantuan tambahan sekurang-kurangnya RM5,000 atau maksimum RM10,000 lagi kepada individu yang terkesan.
Impak banjir: Keluaran ekonomi dianggar berkurang antara RM4 bilion - RM8 bilion
Unjuran pertumbuhan KDNK negara kekal antara tiga hingga empat peratus.
Tiga cabaran utama perlu ditambah baik segera bagi pengurusan bencana - PM
Pengurusan bencana negara sangat bergantung kepada maklumat dinamik yang tepat dan cepat dari lapangan.
Lebih RM125.5 juta BWI diagihkan setakat semalam - PM
Peruntukan itu bagi tujuan pengagihan Bantuan Wang Ihsan (BWI) berjumlah RM1,000 kepada setiap ketua isi rumah.