awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/11/2024
03:55 MYT
Banjir pulih, PPS Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru ditutup
Anggota Angkatan Pertahanan Awam memindahkan mangsa banjir kilat di Kampung Klah Baru, Sungkai, tengah malam tadi. - Foto APM
IPOH: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Kampung Klah Baru di Sungkai ditutup sepenuhnya selepas banjir kilat yang melanda kampung itu malam tadi pulih sepenuhnya.
Penutupan satu-satunya PPS di Perak itu dimaklumkan Pegawai Daerah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Batang Padang, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.
Menurutnya, PPS itu ditutup sepenuhnya pada jam 10 pagi ini, setelah membuat pemantauan bersama Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pejabat Penghulu Mukim Sungkai.
“Pemantauan mendapati keadaan ketika ini selamat dari bencana banjir dan semua mangsa telah membuat pembersihan dan kembali ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini.
Terdahulu, Ahmad Redhauddin memaklumkan, PPS itu dibuka pada jam 12 tengah malam tadi berikutan kejadian banjir yang berlaku di Kampung Klah Baru.
Katanya, setakat jam 12 tengah malam, perpindahan itu melibatkan tujuh buah keluarga.
Topic Berkaitan
#banjir
#PPS
#banjir kilat
#Batang Padang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan