awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
01/10/2024
11:49 MYT
Banjir: Rakyat Malaysia di Nepal selamat dipindahkan
Banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu setakat ini mengorbankan lebih 200 orang dengan 26 lagi masih dilaporkan hilang. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Kesemua rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh, disebabkan hujan lebat ibu negara Nepal, Kathmandu sudah dipindahkan.
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu, Nepal, Mohd Firdaus Azman memberitahu, Jabatan Hidrologi dan Meteorologi Nepal menjangkakan hujan akan berterusan sehingga Jumaat ini.
"Memandangkan semua akses ke luar Lembah Kathmandu musnah berikutan tanah runtuh dan banjir, rakyat Malaysia yang berhasrat membuat perjalanan ke Kathmandu dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan sehingga keadaan pulih," katanya dalam kenyataan di sini, pada Selasa.
Mohd Firdaus turut menasihati rakyat Malaysia yang berada di negara itu supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan.
"Rakyat Malaysia yang belum mendaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu digesa berbuat demikian di https://ekonsular.kln.gov.my dengan kadar segera," tambahnya.
Beliau memberitahu, laporan Pengurusan Bencana Negara Nepal memaklumkan hujan yang turun sejak Jumaat yang lalu mencatatkan jumlah hujan tertinggi pernah direkodkan di negara tersebut.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu di alamat: Bakhundole-3, Lalitpur, Kathmandu, Nepal atau menghubungi +977-15445689 atau +977-9801008000 (kecemasan) selain emel kepada [email protected].
Setakat ini, bencana itu mengorbankan lebih 200 orang dengan 26 lagi masih dilaporkan hilang.
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#rakyat Malaysia
#tanah runtuh
#banjir nepal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan