MARANG: Kerajaan Terengganu akan menyalurkan RM1 juta melalui Tabung Bencana Pertanian bagi membantu lebih 400 petani, penternak dan pengusaha ikan sangkar yang terjejas teruk akibat banjir yang berlaku pada musim tengkujuh baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri Dr Azman Ibrahim berkata bantuan itu akan dikreditkan secara terus ke dalam akaun mereka yang terlibat seawal April ini.
"Jumlah keseluruhan kerugian dalam sektor pertanian ialah RM12.9 juta. Bantuan diberi mengikut penilaian semasa berdasarkan kerugian yang dialami, contohnya untuk sektor pertanian kami bantu antara RM1,000 hingga RM1,500 per hektar.
"Kematian lembu kami beri RM500 seekor dan sangkar ikan yang musnah pula sekitar 10 peratus daripada kerugian sebenar. Bantuan ini diharap dapat meningkatkan motivasi mereka agar tidak putus asa untuk terus bangkit setelah menghadapi kerugian akibat bencana itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian program pemberian bantuan baja pertanian kepada 200 pekebun kecil B40 yang disempurnakan Ahli Parlimen Marang Tan Sri Abdul Hadi Awang di Rusila di sini, semalam.
Baja pertanian tersebut disumbangkan oleh East Coast Fertilizer Sdn Bhd, iaitu anak syarikat Menteri Besar Incorporated yang memfokus kepada pengeluaran baja berkualiti untuk memajukan sektor pertanian di Terengganu.
Menurut Dr Azman kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM4 juta untuk meringankan beban kewangan petani, penternak, dan pengusaha ikan sangkar pada tahun ini termasuk bantuan input baja pertanian dan sumbangan peralatan untuk nelayan.
Katanya banjir yang berlaku menyebabkan kemusnahan 404 hektar kawasan tanaman kontan, kebanyakannya tembikai dan sayur, justeru beliau tidak menolak kemungkinan berlaku peningkatan harga disebabkan kekurangan stok di pasaran menjelang Ramadan.
"Penyelarasan juga sudah dibuat untuk membawa masuk bekalan sayur dari luar Terengganu untuk menampung permintaan pengguna sepanjang Ramadan nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Abdul Hadi (tengah) dan Dr Azman (tiga, kanan) bergambar bersama sebahagian penerima pada Program Pemberian Bantuan Baja Pertanian Kepada Pekebun Kecil B40 Parlimen Marang di Rusila, Kuala Terengganu, 29 Mac 2022. --fotoBERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis meningkat
Dua negeri di Pantai Timur, Terengganu dan Kelantan mencatatkan peningkatan mendadak mangsa banjir pada petang ini, berbanding yang direkodkan pada pagi tadi.
Marang dan Setiu kembali terjejas banjir
Jumlah mangsa banjir di Terengganu menunjukkan sedikit peningkatan hari ini, susulan dua daerah iaitu Marang dan Setiu kembali dinaiki air.
Dua keluarga di Felda Neram 2 berdepan detik cemas tanah runtuh
Dua keluarga di Felda Neram 2, di sini berdepan detik cemas apabila tanah di belakang rumah mereka runtuh secara tiba-tiba.
Budak 11 tahun dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun hilang, dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Tok Hakim, dekat sini pada petang Rabu.
Pesara bungkus perabot elak terkena banjir
Moh Norddin Ahmad, 60, berkata idea kreatif itu sudah dilakukan pada tahun lepas dengan membungkus kereta Proton Persona dan sebuah motosikal menerusi kaedah yang sama.
Amaran hujan berterusan di Pantai Timur, Johor dan Sabah bermula hari ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada di seluruh Kelantan dan Terengganu, hari ini.
Kelantan, Terengganu, Selangor kembali banjir, Perak pulih
Tiga negeri kembali dilanda banjir apabila beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Kelantan, Terengganu dan Selangor.
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Banjir Terengganu: Warga emas ditahan cabul kanak-kanak di PPS
Dua kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Kuala Nerus mendakwa menjadi mangsa amang seksual seorang warga emas.
Banjir Terengganu: 34 sekolah ditutup
Sebanyak 34 sekolah membabitkan enam daerah di Terengganu terpaksa ditutup pada Rabu kerana dinaiki air dan sebahagian dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).