Skip to main content

Malaysia

Banjir Sabah: 445 penduduk Sipitang, Beaufort berlindung di tiga PPS

KUCHING, 3 Feb -- KOSONG... Khemah-khemah yang menempatkan mangsa banjir di Sarawak telah mula dikosongkan berikutan keadaan banjir yang semakin pulih, dengan jumlah mangsa menurun kepada 10,068 orang setakat 8.00 pagi ini berbanding 10,104 orang malam tadi.  Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak memaklumkan bahawa mangsa kini berlindung di 46 pusat pemindahan sementara (PPS).  Jumlah mangsa di Bahagian Bintulu, yang melibatkan daerah Bintulu, Tatau dan Sebauh, menurun kepada 4,901 orang berba
Kesemua mangsa kini berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah terjejas. - Foto fail/BERNAMA

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 445 orang daripada 185 keluarga pagi ini berbanding 355 orang daripada 149 keluarga, semalam.

Menurut kenyataan Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa terlibat terdiri daripada penduduk dari 17 kampung yang dilanda banjir di Sipitang dan Beaufort dan kesemua mereka kini berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di daerah terjejas.

Advertisement

Beaufort mencatatkan mangsa tertinggi membabitkan 242 mangsa daripada 89 keluarga dari tiga kampung terjejas, berbanding 154 orang daripada 53 keluarga semalam, yang kini ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal Selagon.

"Di Sipitang pula, sebanyak 95 orang daripada 45 keluarga berlindung di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Padang Berampah, manakala jumlah mangsa banjir di PPS Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Berampah kekal 108 orang daripada 51 keluarga," menurut kenyataan itu.

Hujan lebat berterusan sejak petang Selasa menyebabkan kenaikan paras air Sungai Mengalong di Sipitang dan Sungai Padas di Beaufort hingga mengakibatkan banjir di kawasan kampung berhampiran.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

Must Watch Video