awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang, ribut salji diramal di seluruh Jepun
Penambahbaikan waktu bekerja, elaun lebih masa - KPPA
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 72 orang pagi ini

Bernama
Bernama
18/05/2021
01:24 MYT
Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 72 orang pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Beaufort dan Tenom yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 72 orang setakat 8 pagi ini berbanding 59 mangsa petang semalam. -Gambar fail
KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Beaufort dan Tenom yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah kepada 72 orang setakat 8 pagi ini berbanding 59 mangsa petang semalam.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan DP Mohd Dun Banir di Beaufort ialah seramai 46 mangsa daripada 12 keluarga berbanding 33 mangsa daripada sembilan keluarga, semalam.
Sementara mangsa banjir di Tenom kekal 26 orang daripada lima keluarga dan ditempatkan di PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar.
"Jumlah kampung masih terjejas berkurangan satu kepada 45 kampung di Beaufort dan kekal 11 kampung di Tenom.
"Pemindahan mangsa masih dilakukan kerana paras air di kawasan 'hotspot' masih di paras bahaya," demikian menurut kenyataan itu.
Kejadian banjir itu dipercayai berlaku akibat keadaan cuaca yang tidak menentu, menyebabkan paras air di beberapa batang sungai melimpah dan menenggelamkan beberapa jalan serta kampung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#Beaufort
#Tenom
#pusat pemindahan
#mangsa banjir
#PPS
#Mohd Dun Banir
#mati lemas
#Rumah Kebudayaan Kalang Kanar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan