SHAH ALAM: Kerajaan Selangor menafikan dakwaan bahawa pintu air pasang surut lewat dibuka telah menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan rendah di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini Sabtu lalu.
Exco Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ir Izham Hashim ketika ditemui menegaskan, dakwaan itu adalah tidak benar sama sekali.
Beliau berkata, kejadian banjir kilat yang berlaku Sabtu lalu di beberapa kawasan rendah di Taman Sri Muda di Seksyen 25, Shah Alam adalah disebabkan oleh faktor hujan yang sangat lebat.
Menurut Izham, hujan lebat secara berterusan dalam tempoh satu jam menyebabkan sistem perparitan dalaman tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang banyak dan melimpah keluar.
"Dakwaan bahawa pintu air pasang surut lewat dibuka dan menyebabkan banjir (kilat) adalah tidak benar sama sekali," katanya ketika ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Selasa.
Pada Sabtu, hujan bermula jam 12 tengah hari sehingga jam 8 malam mencatatkan bacaan hujan terkumpul sebanyak 92.5mm di mana jumlah hujan sebanyak 59.5mm dalam tempoh satu jam adalah dikategorikan sangat lebat.
BACA: Banjir kilat di Sri Muda dipercayai akibat paras Sg Rasau tinggi - Exco Selangor
Rekod curahan hujan ini adalah berdasarkan laporan Stesen Hujan Taman Sri Muda sekali gus keadaan ini telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat di beberapa kawasan rendah di sekitar Taman Sri Muda.
Izham berkata, pintu air pasang surut di Taman Sri Muda dioperasikan dalam keadaan 'tutup' semasa curahan hujan berlaku memandangkan paras air Sungai Rasau melebihi paras air saliran parit utama Taman Sri Muda dan juga paras air Sungai Klang yang tinggi akibat pengaruh air laut pasang.
"Aliran air dari saliran parit utama Taman Sri Muda dilencongkan ke kolam takungan banjir dan pada tempoh tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengaktifkan pengoperasian kesemua pam yang ada secara automatik bermula jam 1 petang.
"Semua aset pam banjir iaitu empat unit pam kekal utama dengan kapasiti 8,000 liter per saat di rumah pam kolam takungan banjir dan empat unit pam bergerak berkapasiti 960 liter per saat di pintu air pasang surut bagi menurunkan paras air di dalam saliran parit utama di Taman Sri Muda," katanya.
Beliau berkata, pihak JPS Negeri Selangor telah melaksanakan operasi tebatan banjir melibatkan pengoperasian pintu air pasang surut dan sistem pam mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Izham sehubungan itu menggesa semua pihak termasuk media agar mendapatkan maklumat tepat dalam menyampaikan maklumat bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat dan boleh menyebabkan situasi cemas di kalangan penduduk. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 23 2022
Izham (tengah) ditemui di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Selasa. - Foto Sinar Harian
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Pasaran getah tempatan ditutup rendah
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Selasa, didorong oleh penurunan harga minyak mentah, kata peniaga.
Bantuan RM1,000 kepada 20 pemilik kenderaan ditenggelami banjir kilat di Presint 11 Putrajaya
Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek.
Beberapa kawasan di Nilai dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan lebih dua jam petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat.
Putrajaya dilanda banjir kilat, 20 kenderaan tenggelam
Beberapa kenderaan ditenggelami air di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya, Presint 11 di sini susulan banjir kilat pada Ahad.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, kesan daripada ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Kebanyakan insiden banjir kilat kerana isu kebersihan - Aiman Athirah
Menurut Aiman Athirah, masalah ini memerlukan kesedaran awam di peringkat komuniti untuk sama-sama menangani isu banjir kilat.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Tidak berasas dakwa kerajaan Melaka tidak serius tangani banjir kilat - Exco
Kerajaan negeri dengan kerjasama kerajaan pusat melaksanakan pelbagai langkah komprehensif untuk mengatasi masalah banjir kilat.