awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Banjir Terengganu: Rumah sewa dinaiki air, 49 pelajar UniSZA dipindahkan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2023
07:19 MYT
Banjir Terengganu: Rumah sewa dinaiki air, 49 pelajar UniSZA dipindahkan
Semua pelajar terbabit dipindahkan susulan kediaman mereka dimasuki air akibat hujan lebat secara berterusan sejak pagi tadi. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA NERUS: Seramai 49 pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Gong Badak telah selamat dipindahkan oleh petugas banjir dari universiti berkenaan selepas rumah sewa yang didiami mereka dilanda banjir pada Selasa.
Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Fadzli Adam berkata, petugas banjir UniSZA bertindak pantas membawa pelajar terbabit ke asrama di universiti tersebut susulan kediaman mereka dimasuki air akibat hujan lebat secara berterusan sejak pagi tadi.
Menurutnya, proses pemindahan pelajar berjalan lancar dan segala bentuk bantuan juga sudah digerakkan dengan menggunakan aset milik UniSZA antaranya lori, bot, kayak serta van.
"Setakat ini, petugas banjir UniSZA membawa seramai 49 pelajar yang menyewa di sekitar Kuala Nerus ke asrama pelajar di kampus di Gong Badak.
“Kesemua pelajar yang terjejas telah menghubungi Task Force UniSZA memaklumkan bahawa rumah mereka dinaiki air dan mereka memerlukan bantuan pemindahan.
"Oleh itu, kita yang bersiap siaga dari segi logistik seperti lori, bot dan kenderaan berat sentiasa bersedia untuk membantu dan menjaga keselamatan pelajar," katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pasukan petugas banjir UniSZA juga sedang giat menjalankan misi bantuan menghantar bantuan makanan serta kemudahan pengakutan bagi warga universiti yang terjejas. - Sinar Harian
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#pelajar unisza
#rumah sewa banjir
#UniSZA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan