Bank Data Pemandu yang menyimpan rekod individu berdaftar sebagai pemandu bagi perkhidmatan teksi dan 'e-hailing' dicadang diwujudkan bagi melindungi pengguna perkhidmatan berkenaan daripada sebarang kes tidak diingini,
Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor) yang mencadangkan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, berkata ini penting bagi memudahkan pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat dan Polis Diraja Malaysia mengenal pasti hanya individu yang bersih daripada rekod jenayah dibenarkan terlibat dalam perkhidmatan berkenaan.
"Bagi menambah baik rang undang-undang ini saya melihat sudah tiba masanya Bank Data Pemandu diwujudkan agar setiap individu yang berdaftar untuk memandu menggunakan perkhidmatan teksi, Uber ataupun Grab memiliki rekod simpanan peribadi," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Awam Darat (Pindaan) 2017 yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri untuk bacaan kali kedua.
RUU itu antara lain, mencadangkan takrif kenderaan 'e-hailing' dimasukkan ke dalam Jadual Pertama Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan menjadikan perkhidmatan antaranya Grabcar dan Uber satu perkhidmatan awam yang sah.
Irmohizam berkata terma 'kontrak bebas' yang diguna pakai oleh pengendali perkhidmatan e-hailing juga perlu dikaji semula agar keselamatan pengguna terjamin serta dilindungi oleh pelan insurans sekiranya ditimpa kecelakaan di samping memberi keadilan undang-undang kepada mangsa sekiranya ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali e-hailing.
Beliau turut mencadangkan agar kesemua perkhidmatan darat yang ada di Malaysia disatukan ke dalam satu aplikasi e-hailing yang boleh dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, bagi mengaplikasikan penggunaan teknologi secara total.
Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) ketika membahaskan RUU yang sama mencadangkan supaya Puspakom iaitu pusat bagi setiap teksi perlu membuat pemeriksaan diperbanyakkan, sebagai langkah penambahbaikan perkhidmatan teksi.
"Banyak berlaku di negeri-negeri terutama di pedalaman di mana mereka terpaksa pergi jauh untuk periksa kenderaan. Sepatutnya Puspakom diwujudkan di setiap daerah," kataya.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2017
Sudah tiba masanya Bank Data Pemandu diwujudkan agar setiap individu yang berdaftar untuk memandu menggunakan perkhidmatan teksi, Uber ataupun Grab memiliki rekod simpanan peribadi. - Gambar hiasan
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
Bank Data pemandu perkhidmatan teksi, e-hailing dicadangkan
Bank Data Pemandu yang menyimpan rekod individu berdaftar sebagai pemandu bagi perkhidmatan teksi dan 'e-hailing' dicadang diwujudkan bagi melindungi pengguna.