SHAH ALAM: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) menyasarkan dana RM5 juta bagi membantu kira-kira 250,000 pelarian di Syria menerusi kempen Musim Sejuk Syria siri ke-10.
Pengerusi Peduli Insan, Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan berkata, kempen tersebut adalah usaha pihaknya menyemarakkan rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kesukaran dialami rakyat negara itu melalui dua inisiatif, iaitu Suapan Kasih Syria dan Selimut Kasih Syria.
“Suapan Kasih Syria ini memfokuskan kepada bentuk makanan kerana kami faham bahawa mereka hidup dalam kefakiran dan kesukaran, jadi mereka memerlukan suatu untuk bertahan dalam keadaan musim sejuk yang sukar ketika ini.
“Yang kedua adalah Selimut Kasih Syria yang memfokuskan kepada apa yang kita katakan mampu memberikan kehangatan kepada mereka, antaranya dengan membekalkan pemanas, selimut, baju sejuk dan bahan bakar,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Kempen Musim Sejuk Syria siri ke-10 dan kolaborasi Peduli Insan bersama Inteam, di sini, baru-baru ini.
Dalam pada itu, tambah Mohd Luqmanulhakim, apabila musim sejuk tiba, ia ibarat gandaan kepada kesukaran yang dialami mereka sejak sekian lama.
“80 peratus daripada mereka (rakyat Syria) hidup dalam kefakiran, hidup di dalam khemah yang hanya setebal kanvas, yang apabila tibanya musim panas menjadi sangat panas dan begitu juga ketika musim sejuk.
“Ramai anak kecil dan orang dewasa yang meninggal dunia kerana tidak mampu bertahan kerana kesejukannya mampu mencecah sehinga negatif lima darjah celsius,” katanya.
Sementara itu, Peduli Insan turut mengadakan kolaborasi dengan kumpulan nasyid terkenal, Inteam yang bertindak sebagai duta pada kempen kali ini.
Sehingga Oktober lalu, sebanyak RM370,000 dana berjaya dikutip oleh Inteam hasil daripada sumbangan peminat dan konsert yang dianjurkan secara dalam talian.
Orang ramai yang ingin menyumbang, boleh salurkan ke Pertubuhan Peduli Insan Malaysia di 105990045326 (Affin Islamic Bank) atau melayari laman web di www.peduliinsan.org.
Ehsan A Marisah
Fri Nov 12 2021
Majlis pelancaran kempen Musim Sejuk Syria siri ke-10 dan kolaborasi Peduli Insan bersama Inteam di Restoran Mozers, Bukit Jelutong, baru-baru ini. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lebih 2.5 juta pelarian perlukan sumbangan individu, syarikat tempatan
Ia disebabkan oleh bantuan yang diterima semakin berkurangan akibat pelbagai keadaan tidak menentu berlaku di seluruh dunia.
Cabaran 12 jam kumpul RM1 juta buat pelarian Syria
Inisiatif bersama Peduli Insan itu bertujuan mendalami keperitan serta berkongsi kepada masyarakat tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di negara bergolak itu.
Bantu dan salurkan sumbangan buat saudara di Syria
Kempen Musim Sejuk siri ke-10 akan memfokuskan kepada dua inisiatif, iaitu Suapan Kasih Syria dan Selimut Kasih Syria.