awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan kepada rakyat Palestin cedera diteruskan, mekanisme berubah - PM Anwar

Bernama
Bernama
12/11/2024
22:50 MYT
Bantuan kepada rakyat Palestin cedera diteruskan, mekanisme berubah - PM Anwar
Anwar mengadakan sidang akhbar sempena lawatan rasmi empat hari ke Mesir di Kaherah, 12 Nov 2024. --fotoBERNAMA
KAHERAH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia akan terus memberikan bantuan kepada rakyat Palestin yang cedera akibat keganasan Zionis, bagi membolehkan mereka menerima rawatan lebih baik.
Beliau bagaimanapun berkata mekanisme penyaluran bantuan berkenaan akan diteliti, bagi memastikan ia lebih efektif dan berkesan.
"Sekarang ini kita bincang dari segi keperluan untuk membantu, tetapi jika ada keupayaan hospital-hospital di negara Arab seperti Mesir, Qatar, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Turkiye, lebih baik kita salurkan (rakyat Palestin yang cedera) ke sana dengan sedikit bantuan kita.
"Saya fikir dari segi pengurusan lebih baik. Jadi sedang dibincangkan dengan Kementerian Pertahanan mengenai hal ini. Maknanya bantuan akan kita teruskan tetapi mekanismanya mungkin berubah supaya lebih efisien dan tidak terlalu tinggi kosnya," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasminya ke Mesir, Selasa.
Mengenai usul yang diluluskan ketika Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam di Riyadh, Arab Saudi semalam, Anwar berkata usul berkenaan termasuklah pembekuan jualan senjata dan hentikan hubungan diplomatik dengan Israel.
Beliau berkata usul yang diluluskan juga termasuk mengenai keselamatan anggota pasukan pengaman Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
"Sikap tidak berperikemanusiaan dan melanggar semua tekanan antarabangsa dan peratusan kemanusiaan, itu semua terus dilakukan oleh Israel, tanpa segan silu atau mohon maaf," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Palestin
#bantuan
#Sidang Kemuncak Luar Biasa Arab dan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan