PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Beliau berkata pemberian bantuan itu melibatkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+).
Syarat utama penerima bantuan tersebut ialah individu atau pemandu bas ekspres adalah warganegara Malaysia dan berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres, serta mempunyai caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang masih sah.
"Individu atau pemandu yang telah menerima bantuan sebagai pemandu bas sekolah, bas pelancongan, teksi atau e-hailing sebelum ini, tidak lagi layak menerima bantuan kepada pemandu bas ekspres," kata Wee dalam satu kenyataan hari ini.
Syarat lain adalah individu atau pemandu bas ekspres mempunyai Lesen Vokasional yang sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan Lesen Vokasional yang telah diberikan Kementerian Pengangkutan (MOT) sepanjang 2021.
Beliau berkata hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali dan/atau lesen/permit kenderaan bas ekspres yang sah, dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, layak memohon bantuan berkenaan.
Wee berkata pihak syarikat atau pengusaha bas ekspres dikehendaki mengemukakan maklumat individu atau pemandu bas ekspres di bawah syarikat masing-masing yang lengkap, kepada pihak APAD dan LPKP Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan saringan kelayakan dan penyaluran bantuan.
"Pihak syarikat atau pengusaha bas ekspres boleh mula menghubungi pejabat APAD dan LPKP Sabah dan LPKP Sarawak terdekat bagi tujuan penyelarasan pemberian bantuan itu," katanya.
Wee berkata proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan segera sebaik sahaja peruntukan bantuan diterima MOT dan agensi pelaksana berkaitan.
"Mudah-mudahan bantuan ini dapat memberi kelegaan kepada pemandu bas ekspres dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19, dan seterusnya kembali bangkit untuk meneruskan operasi apabila keadaan beransur pulih sepenuhnya kelak," katanya.
Wee berkata MOT juga akan mengenal pasti langkah dan meneliti garis panduan bagi membantu pihak pengusaha bas ekspres dapat menyediakan perkhidmatan ke tahap yang normal, dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berwajib lain dan persatuan syarikat serta pengusaha bas ekspres.
Beliau berkata garis panduan dan langkah pengoperasian yang selamat akan dibangunkan, bagi membantu pengusaha bas ekspres memberikan perkhidmatan dengan baik apabila perjalanan rentas sempadan dibenarkan kelak, serta menyokong pelaksanaan perjalanan pelancongan domestik terhad yang akan dibenarkan oleh kerajaan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 24 2021

Pemberian bantuan itu melibatkan anggaran 6,600 penerima dengan peruntukan berjumlah RM3.3 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA). - Gambar fail

JDT dan Sri Pahang FC sekadar seri 2-2
Penyerang berbisa Bergson Gustavo Silveira Da Silva meletakkan Skuad Harimau Selatan di depan menerusi jaringan pada minit ke-17.

Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.

HLIB : Harga minyak tinggi dijangka kekal dalam tempoh lebih lama
Di sebalik ikrar meningkatkan pengeluaran minyak yang sederhana April lalu, pengeluaran sebenar secara konsisten tidak menepati jangkaan.

WEF 2022 Davos: 'Beri penekanan terhadap usaha pemulihan global'
Pandemik COVID-19 telah mencipta barah kepada pelbagai krisis yang memberi implikasi besar terhadap sistem sokongan global.

Sektor animasi negara mampu tembusi pasaran antarabangsa - MDEC
Produk animasi tempatan seperti Upin & Ipin sudah mula mendapat tempat di pasaran luar malah menerima sambutan luar biasa.

Sukan SEA Hanoi: Skuad boling lelaki, wanita ungguli hari pertama
Pasukan wanita yang diwakili Nur Syazwani Sahar, Nerosha Keligit, Nora Lyana Nastasia Kamal dan Gillian Lim menjatuhkan 2,506 pin.

Musim kering: Rizab telaga air bawah tanah negara mencukupi - Nadma
berdasarkan data JMG, terdapat 5,563 telaga tiub di seluruh negara untuk menghadapi kesan peralihan cuaca itu.

Darurat: Bersih, Majlis Peguam gagal rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan
Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid, dalam penghakiman melalui e-mel, berkata kesemua persoalan itu boleh diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Serba Dinamik, anak syarikat kenal pasti aset untuk dijual selesaikan liabiliti
Syarikat itu menjelaskan ia akan memerlukan mesyuarat yang diarahkan mahkamah dengan pemiutangnya.

COVID-19 | Unit perubatan tentera dikerah serata Pyongyang
Pasukan perubatan ketenteraan Korea Utara dikerah ke serata Pyongyang dalam menangani penularan COVID-19 yang semakin memburuk. Langkah ini menyusul selepas arahan yang dibuat Presidennya, Kim Jong Un yang mengerah anggota tenteranya, selepas ibu negara itu mencatatkan jumlah COVID-19 yang tinggi sejak minggu lalu.

Program ePemula: E-tunai RM150 bagi 18-20 tahun boleh daftar mulai esok
Kredit e-tunai tersebut adalah melalui satu daripada empat penyedia perkhidmatan iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch 'n Go eWallet.

Bajet 2022: RM150 akan dikredit ke akaun e-dompet belia
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha itu dilakukan bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Suara rakyat: Golongan peniaga harap kerajaan tak terlepas pandang dalam RMK-12
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang akan dibentangkan di Parlimen pada 27 September ini dinanti-nantikan banyak pihak yang berharap ia menjadi pelan ekonomi yang inklusif bagi semua golongan.

Bantuan RM500 sekali beri untuk pemandu bas ekspres
Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan secara sekali beri RM500 kepada semua pemandu bas ekspres di seluruh negara, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.

PEMULIH: Golongan miskin tegar, B40, M40 dapat Bantuan Khas COVID-19 bermula Ogos - PM
Kerajaan akan memberi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) kepada isi rumah kategori miskin tegar, M40 dan B40 termasuk golongan bujang bermula Ogos.

PEMERKASA: Bantuan RM500 'one-off' untuk golongan B40 - PM Muhyiddin
Kedua-dua kategori ini melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.

Syarikat insurans perluas bantuan tunai bagi komplikasi pemvaksinan COVID-19
Perlindungan termasuk kos dimasukkan ke hospital yang diperlukan dan munasabah dari segi perubatan, susulan kesan sampingan pemvaksinan COVID-19.

Manfaat bantuan BPR, tingkat produktiviti kerja
Saya pun boleh beli seluar dan kasut baru, yang lebih selesa sebab kadang-kadang bawa motosikal kena pakaian yang betul-betul selesa.

Belanjawan 2021: Bantuan tunai diteruskan bawah Bantuan Prihatin Rakyat
Kerajaan akan meneruskan bantuan tunai secara bersasar menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), sebuah inisiatif yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH).

Rakyat Kedah terima bantuan khas tunai COVID-19
Rakyat Kedah yang terkesan dengan pandemik COVID-19 akan menerima bantuan khas sebanyak RM300 daripada Kerajaan Negeri.