awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SpaceX pertimbang bergabung dengan Tesla - Laporan
Petronas mahu kekalkan pengeluaran domestik dua juta tong minyak sehari dalam tiga tahun akan datang
Trump dakwa Putin setuju henti serangan ke atas Kyiv selama seminggu ketika cuaca terlalu ekstrem
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bantuan SARA RM100 sekali beri pada 31 Ogos tidak perlu dimohon - MOF

Bernama
Bernama
26/07/2025
11:31 MYT
Bantuan SARA RM100 sekali beri pada 31 Ogos tidak perlu dimohon - MOF
Rakyat digesa tidak tertipu dengan scam yang mengatakan bahawa mereka boleh bantu untuk memohon atau memberi pautan kepada mana-mana e-dompet.
SEMPORNA: Kementerian Kewangan mengingatkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sekali beri pada 31 Ogos ini tidak perlu dimohon, sebaliknya akan dimasukkan terus ke dalam kad pengenalan masing-masing.
Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Zamzuri Abdul Aziz berkata pemberian bantuan itu juga tidak melalui mana-mana e-dompet.
"Sehubungan dengan itu, rakyat digesa tidak tertipu dengan scam yang mengatakan bahawa mereka boleh bantu untuk memohon atau memberi link (pautan) kepada mana-mana e-dompet," katanya kepada pemberita selepas meninjau pelaksanaan program penunaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Pulau Bum Bum di sini hari ini.
Zamzuri berkata pemberian bantuan SARA itu tidak mengguna pakai orang tengah dan RM100 terus dikreditkan ke dalam kad pengenalan individu berumur 18 tahun ke atas.
"Bagi yang mendapat bantuan ini, boleh terus pergi ke kaunter premis berdaftar SARA, boleh tunai di sana, kalau ada maklumat pihak ketiga yang kata mahu minta daftar, minta tuan puan daftar dalam akaun tertentu, semua itu tidak benar," katanya.
Pada 23 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas turut menerima bantuan SARA RM100 sekali beri.
Bantuan kewangan itu boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos hingga 31 Disember ini bagi membeli barangan asas ditetapkan di 4,100 kedai di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kewangan
#bantuan SARA
#kad pengenalan
#e-dompet
#scam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan