awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa Azizulhasni meninggal dunia pagi tadi akibat strok

Bernama
Bernama
31/01/2022
03:17 MYT
Bapa Azizulhasni meninggal dunia pagi tadi akibat strok
Allahyarham Awang baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari sebelum dibenarkan pulang petang semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek kebangsaan, Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerima perkhabaran duka apabila bapanya, Awang Embong, 72, meninggal dunia akibat strok awal pagi tadi.
Abang ipar Azizulhasni, Mohd Razman Mohamad, 37, memaklumkan Allahyarham Awang menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2 pagi di kediamannya di Dungun, Terengganu.
Mohd Razman berkata Allahyarham baru-baru ini dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu untuk menerima rawatan selama empat hari sebelum dibenarkan pulang petang semalam.
"Doktor benarkan arwah pulang dalam keadaan baik, dan kelihatan ceria sebelum meninggal dunia, kami sekeluarga amat terkejut dengan pemergian Allahyarham, namun harus redha dengan ketentuan ilahi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Razman berkata solat jenazah akan diladakan selepas solat Zohor di Surau Ustaz Omar Shukri sebelum jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahya, Dungun.
Sementara itu Mohd Razman memberitahu Azizulhasni, yang sedang menjalani latihan di Melbourne, Australia, sempat menghubunginya pukul 5 pagi tadi untuk mendapatkan perkembangan mengenai situasi melanda keluarganya ketika ini.
"Azizulhasni sememangnya sedih dengan pemergian bapanya dan meminta kami sekeluarga untuk menguruskan segala keperluan," katanya.
Sementara itu Majlis Sukan Negara (MSN) dalam satu hantaran di laman Facebook dan Twitter mendoakan kesejahteraan Allahyarham.
"Ya Allah! Ampunilah Allahyarham, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya..Al-Fatihah," menurut hantaran itu.
View this post on Instagram
A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azizulhasni Awang
#bapa Azizulhasni meninggal dunia
#meninggal dunia
#strok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan