BATU PAHAT:Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya yang berusia tujuh tahun.
Mohd Faizul Redzuan, 35, berkata, jantung berlubang yang dialaminya sewaktu kanak-kanak itu kembali menyerang kesihatannya apabila dimaklumkan doktor injap jantungnya mula terbuka menyebabkan dia kerap demam dan sukar membuat kerja berat.
Rabiatul Syakilyn, anak kedua daripada lima beradik itu pula disahkan bermasalah dengan jantung semenjak lahir dan perlu mendapatkan rawatan hampir setiap bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru.
Menurut isterinya, Azlin Ahmad, mereka bukan sahaja terpaksa 'mengikat perut' bagi menampung kos rawatan serta perbelanjaan malah ada kalanya terpaksa menebalkan muka meminta sumbangan rakan-rakan serta penduduk sekitar kediamannya di Kampung Parit Othman, Parit Sulong, dekat sini.
Akibat masalah kewangan dan juga kesihatan, rawatan untuk anaknya 'Rubi' kini tidak lagi dapat diteruskan, tambahan suaminya kini sendiri tidak mampu untuk melakukan kerja berat.
"Semenjak tidak lagi melakukan rawatan di HSA hampir lima tahun, masalah jantung Rubi kini semakin serius. Selain bermasalah dengan jantung berlubang, injap jantungnya juga kini bermasalah dan memerlukan pembedahan.
"Kami diberitahu kos pembedahan berkenaan memakan belanja puluhan ribu ringgit dan dengan pendapatan suami yang tidak seberapa, sememangnya kami tidak mampu. Jika diikutkan suami sendiri perlu melakukan pembedahan dan kosnya sekitar RM25,000. Dia terpaksa menangguhkannya akibat masalah kewangan yang kami hadapi," kata Azlin ketika ditemui di kediamannya.
Pasangan itu sebelum ini berniaga menjual sarapan di tepi jalan bagaimanapun sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu, perniagaan itu dihentikan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menyalurkan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Azlin Ahmad bernombor 0111741100032234. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Rabiatul Syakilyn Mohd Faizul Redzuan (depan, berbaju merah jambu) disahkan menghidap penyakit jantung berlubang semenjak lahir. Ayahnya, Mohd Faizul Redzuan Abd Malik juga mengalami masalah yang sama- Gambar BERNAMA

Berbasikal | Sapura Cyling masih pendekatan tunggu dan lihat
Pasukan Sapura Cyling masih tunggu dan lihat situasi terkini berkaitan pandemik sebelum buat keputusan menyertai kejohanan antarabangsa. Ini demi menjaga keselamatan atlet mereka.

EPL: Liverpool lebur rekod tanpa kalah di laman sendiri
Babak pertama menyaksikan tiada jaringan dihasilkan. Gol Burnley hanya hadir ketika tujuh minit sebelum wisel penamat.

Skuasy | S.Sivasangari teruja sambung latihan
Pemain skuasy wanita negara S.Sivasangari tidak boleh berselindung di sebalik keterujaan kembali ke pangkalan latihannya di Amerika Syarikat. Ini waktu sesuai untuk dia lapor diri di Universiti Cornell di New York memandangkan negara itu sebelum ini dilanda rusuhan dan polemik politik.

AWANI Ringkas: Biden mula langkah tangani COVID-19 | PM UK: Belum masa longgarkan sekatan

COVID-19 | Tahap keresahan, tekanan rakyat Malaysia paling tinggi
Menurut tinjauan firma penyelidikan pasaran dan perundingan antarabangsa, Ipsos, keresahan tersebut tercetus ekoran perubahan rutin selain tekanan keluarga.

COVID-19: Perancis dakwa pelitup muka fabrik kurang berkesan
Menteri Kesihatan Olivier Veran mendakwa, penggunaan pelitup muka jenis fabrik kurang berkesan menangani kesan penularan virus.

PKP | Polis Kota Setar sedia tambah SJR dan pasukan pemantau
Polis Kota Setar akan menambah sekatan jalan raya (SJR) dan bilangan pasukan pemantau. Tindakan ini akan dikuatkuasakan sekiranya kadar pematuhan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berada pada tahap yang kurang memuaskan.

MPN | Pendidikan tinggi negara antara 100 terbaik dunia
Presiden Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose menegaskan bahawa golongan Profesor yang terdiri daripada pensyarah antara tulang belakang kejayaan peningkatan Institusi Pendikan Tinggi Negara. Ujarnya, kejayaan julung kali itu membuktikan bahawa para akademik dan cendiakiawan negara bergelar Profesor amat berkualiti dan mampu memberi sumbangan kepada negara.

ASEAN | Dana khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan - Hishamuddin
Malaysia bersetuju dengan Brunei dalam mendesak supaya menyegerakan penubuhan tabung khas ASEAN COVID-19. Menurut Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ia mampu membantu negara anggota memerangi pandemik COVID-19.

COVID-19 | Portugal tutup sekolah, kes meningkat kerana varian baharu
Portugal umum penutupan sekolah di seluruh negara. Ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 disyaki berpunca daripada varian baharu yang dikesan di negara itu.

Bapa dan anak derita jantung berlubang
Kehidupan keluarga Mohd Faizul Redzuan Abd Malik boleh diumpamakan sudah jatuh ditimpa tangga apabila beliau turut 'berkongsi' penyakit jantung berlubang dengan anak perempuannya