awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa maut, anak cedera kemalangan kereta terbalik

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
05/06/2023
21:45 MYT
Bapa maut, anak cedera kemalangan kereta terbalik
Menurut polis, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu Ganesan dalam keadaan laju ketika cuba melintasi persimpangan lampu isyarat di Jalan Lencong Timur, di Sungai Petani kira-kira jam 5 petang Isnin. - Foto ihsan polis
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut manakala anak lelakinya cedera dalam kemalangan kereta terbalik di Jalan Lencong Timur, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Zaidy Che Hassan berkata, pihaknya dimaklumkan kemalangan itu pada jam 5 petang.
Nahas melibatkan pemandu yang dikenali sebagai Ganesan Pannirselvan, 47 tahun, dan anaknya berusia 9 tahun, dari Taman Angsana Sari, di sini.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila kereta jenis Proton Saga yang dipandu Ganesan dalam keadaan laju ketika cuba melintasi persimpangan lampu isyarat di Jalan Lencong Timur.
“Dalam kemalangan itu, kenderaan dinaiki dua beranak itu sedang bergerak dari Lorong Kilang Halal Food Industries ingin membelok ke kanan menghala ke arah Kuil Sri Mariamman Devasthanam.
“Ketika pemandu ingin membelok, kenderaan hilang kawalan sehingga terbabas ke kiri jalan dan melanggar pagar besi penghadang jalan lalu terbalik,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Menurut Zaidy, mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Sementara itu, anaknya mengalami kecederaan luka pada bahagian belakang kepala.
Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#kereta terbalik
#Sungai Petani
#kenderaan hilang kawalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan