Seorang lelaki maut manakala isteri dan anak perempuannya cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar tebing bahu jalan dalam kejadian di Bulatan Telipok Ria, Jalan Kota Kinabalu-Tuaran, pagi Selasa.
Dalam kejadian jam 4.13 pagi itu, kenderaan tersebut 'bergolek' kira-kira 51 meter, mengakibatkan ketiga-tiga mangsa terperangkap.
Mangsa dikenali sebagai Thong Chung Wai, 59 tahun, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat tersepit di Ford Ranger dipandunya itu.
Sementara itu, isteri dan anak perempuannya berjaya dikeluarkan dengan bantuan sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran yang bergegas ke lokasi kemalangan sejurus menerima panggilan dari orang awam.
Ketua Polis Daerah Tuaran Dept Supt Dzulbaharin Ismail ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiga sekeluarga itu dalam perjalanan menuju ke daerah Sandakan dari arah Kota Kinabalu.
"Apabila sampai di lokasi kejadian, dipercayai kenderaan tersebut dipandu secara laju dan ketika melalui Bulatan Telipok Ria, ia telah hilang kawalan, melanggar tebing bulatan lalu terbabas ke arah kiri dan melanggar tebing bahu jalan.
"Ia menyebabkan kenderaan itu bergolek beberapa kali lebih kurang 51 meter, lalu rebah di lorong kiri jalan menghala ke Tuaran. Akibat dari kemalangan tersebut, pemandu terperangkap di dalam kenderaan dan dikeluarkan dengan bantuan bomba," katanya.
Isteri dan anak Thong dihantar ke Hospital Tuaran bagi mendapatkan rawatan.
Mengulas lanjut, Dzulbaharin berkata, siasatan awal mendapati kemalangan ini berpunca daripada kecuaian pemandu Ford Ranger itu sendiri yang disyaki memandu secara melulu.
"Kemalangan ini adalah terbabas sendiri dan tidak melibatkan pihak lain.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Ruzaini Zulkepli
Tue Mar 20 2018
Keadaan Ford Ranger mangsa yang remuk dalam kemalangan di Bulatan Telipok Ria, Jalan Kota Kinabalu-Tuaran, pagi ini. Foto ihsan Polis Daerah Tuaran.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Dua maut disyaki berlumba, motosikal berlanggar sesama sendiri
Kedua-dua mayat mangsa dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.
Empat lelaki ditahan miliki senjata api buatan sendiri
Semua suspek berusia antara 28 hingga 31 tahun ditahan selepas dipercayai melakukan kegiatan memburu secara haram di kawasan hutan simpan di daerah ini.
Tiga PATI terlibat ajaran sesat 'Wali Tujuh' direman 14 hari
Tiga lelaki yang ditahan dipercayai terlibat dengan kegiatan ajaran sesat dan ilmu kebal 'Wali Tujuh' di Ladang Bukit Kertam Kinabatangan ditahan reman 14 hari.
Gajah Borneo Pygmy betina ditemukan mati
Hasil bedah siasat yang dijalankan, kematian haiwan itu berpunca daripada keradangan teruk pada bahagian organ dalaman.
Suspek tetak rakan suka bazir air ditahan
Lelaki itu, berjaya diberkas kira-kira jam 4 petang, ketika bersembunyi dibawah timbunan pelepah kelapa sawit.
Mati dilibas dengan parang hanya kerana dituduh membazir air
Suspek mendakwa mangsa sering membazir air, dan isu itu timbul kerana kawasan perumahan berkenaan sering mengalami masalah bekalan air.
Pengusaha inap desa warga Australia cedera parah ditetak
Mangsa, 46 tahun, yang berkahwin dengan warga tempatan itu, mengalami kecederaan parah di bahagian tangan, belakang dan kepala dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang.
Polis cuba rungkai punca lelaki ditemui rentung dalam kereta
Seorang lelaki ditemui rentung selepas disyaki terperangkap di dalam kenderaannya yang terbakar di Jalan Tomis Lokos, Tamparuli-Ranau, pagi tadi.
Bapa maut, ibu, anak cedera dalam kemalangan di Tuaran
Dalam kejadian jam 4.13 pagi itu, kenderaan tersebut 'bergolek' kira-kira 51 meter, mengakibatkan ketiga-tiga mangsa terperangkap.