awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa mentua TYT Sabah, R.M Jasni meninggal dunia

Bernama
Bernama
16/01/2024
03:33 MYT
Bapa mentua TYT Sabah, R.M Jasni meninggal dunia
Tan Sri R.M Jasni, bapa mentua kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia di Hospital Keningau pada 3.20 pagi tadi.
KOTA KINABALU: Tan Sri R.M Jasni, bapa mentua kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahirudin, meninggal dunia di Hospital Keningau pada 3.20 pagi tadi.
Allahyarham merupakan bapa kepada isteri Yang Dipertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah Datuk R.M Jasni.
Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook anak lelaki kepada Allahyarham, Adzra Addy, jenazah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Pekan Keningau pagi ini, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 29 Jalan Tenom-Keningau, selepas solat zuhur.
"Mohon dihalalkan makan dan minum dan mohon doakan yang baik-baik untuk Allayarham bapa kami," katanya, namun tidak mendedahkan punca bapanya meninggal dunia.
Tun Juhar dan Norlidah serta anggota keluarga terdekat yang lain dijadual menghadiri pengebumian tersebut.
R.M Jasni, 87, dilahirkan di Penampang pada 4 Mei 1936 dan pernah dipilih menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor pada 1975 selain menjadi Ahli Dewan Negara selama dua penggal antara 1982 hingga 1986. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bapa mentua TYT Sabah
#meninggal dunia
#R M Jasni meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan