IPOH: Bapa saudara kepada Attar Azim Syukran Jamil akan menggalas tanggungjawab menjaga kanak-kanak berkenaan yang telah kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu - Gua Musang dekat Kampung Pahi, Kuala Krai, Kelantan pada Sabtu lepas.
Nor Azam Ab Hamid, 45, berkata tugas menjaga Attar Azim berusia sembilan tahun itu yang merupakan anak kepada arwah adiknya, Syukran Jamil Ab Hamid, 35, akan dilaksanakannya sebaik mungkin.
Nor Azam merupakan anak keempat manakala Syukran Jamil anak kelapan daripada sembilan adik-beradik.
"Setelah berbincang, keluarga kami di (Felda) Trolak yang akan menjaga Attar," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak Datuk Salbiah Mohamed berkata pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri akan memberikan bantuan yang sewajarnya kepada Attar Azim.
Beliau berkata pihak JKM telah mengadakan kunjungan ke rumah waris keluarga Attar Azim di Felda Trolak Utara, Sungkai hari ini.
"Kebiasaannya, kita akan memberikan bantuan kanak-kanak, sekiranya waris tiada untuk menjaganya, kita akan tempatkan di rumah perlindungan. Insya-Allah kita akan bantu mengusahakan untuk bantuan kanak-kanak kepada adik Attar Azim," katanya.
Semalam, jenazah Syukran Jamil dan isterinya, Noor Aishah Razali, 35, bersama dua anak mereka, Ahya Rafiqi, 6, dan Lufya Adeena berusia setahun selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 malam.
Dalam kejadian pada 1.40 tengah hari Sabtu lepas, Syukran Jamil bersama Noor Aishah dan Lufya Adeena disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala Ahya Rafiqi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital, namun Attar Azim terselamat dan hanya mengalami kecederaan.
Kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Myvi dipandu Syukran Jamil dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang bertembung dengan sebuah Nissan March dipandu warga Thailand yang masuk ke laluan dari arah bertentangan.
Kelima-lima mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menziarahi ahli keluarga dan bercuti di Kota Bharu, Kelantan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2024
Nor Azam berkata tugas menjaga Attar Azim akan dilaksanakannya sebaik mungkin. - Gambar fail/Sinar Harian
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Kanak-kanak antara 55 warga asing ditahan Imigresen Negeri Sembilan
Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Cakna media sosial: Anak-anak perlu pendedahan awal pendidikan digital
Kanak-kanak perlu diberikan pendedahan awal kepada pendidikan digital bagi memastikan mereka cakna mengenai kebaikan dan keburukannya.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.