awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bapa tikam bayi positif dadah, direman lima hari - Polis

Fareez Azman
Fareez Azman
13/12/2020
11:21 MYT
Bapa tikam bayi positif dadah, direman lima hari - Polis
Fadzil berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah.
KUALA LUMPUR:Lelaki yang menikam anak perempuannya berusia 18 bulan sehingga menyebabkan bayi itu cedera parah pada Sabtu, didapati positif dadah jenis Metamphetamine.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata suspek yang berusia 27 tahun itu kini direman lima hari bagi membantu siasatan.
"Dia didapati positif Metamphetamine selepas ujian saringan air kencing dijalankan.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
BACA: Bayi 18 bulan parah ditikam bapa
Mengulas lanjut, Fadzil berkata, suspek yang bekerja di sebuah kedai memasang filem cermin kenderaan sudah berpisah dengan isteri selepas beberapa bulan berkahwin dan tinggal bersama ibunya dan bayi berkenaan di rumah itu.
Dalam kejadian 4 petang Ahad, bayi perempuan itu parah selepas ditikam bapanya di sebuah rumah di Puchong Permai.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman, dilaporkan berkata kejadian berlaku ketika suspek bersama mangsa berada di rumah.
Polis berjaya menahan suspek dan merampas sebilah pisau pemotong roti disyaki digunakan untuk menikam mangsa.
Mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#Puchong
#Subang Jaya
#saringan air kencing
#bayi
#mangsa
#suspek
#siasatan
#mahkamah
#jenayah
#tikam bayi
#Dadah
#PDRM
#Datuk Fadzil Ahmat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan