BARCELONA akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini tatkala kedua-dua kelab itu bersaing untuk menjamin tempat kedua LaLiga, kata Xavi.

Girona menang 4-2 di Barcelona ketika kedua-dua pasukan bertembung Disember lalu yang meletakkan pasukan kendalian Michel itu di tangga teratas.

Walaupun Real Madrid kini meniti gelaran juara sementara Barca menguasai kedudukan kedua, Xavi mengingatkan anak buahnya agar perlu melangsaikan hutang kekalahan kepada musuh setempat itu ketika bertandang ke tempat lawan.

"Saya tidak mahu mencabar Michel tetapi ada misi untuk membalas dendam," kata pengurus Barca itu dalam sidang akhbar pra-perlawanan.

"Mereka sangat mantap dalam perlawanan lalu.

"Kami gagal menyesuaikan diri dengan baik, kami tidak bertahan dengan baik di dalam kotak. Ia bukan cabaran peribadi buat saya tetapi sebagai sebuah pasukan." - Stadium Astro