awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru 3 hari Ops Selamat, kematian di Ipoh sama jumlah sepanjang operasi tahun lalu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/06/2019
06:01 MYT
Baru 3 hari Ops Selamat, kematian di Ipoh sama jumlah sepanjang operasi tahun lalu
Tahun ini, tiga kematian telah dilaporkan dalam 24 kes kemalangan yang direkodkan setakat ini. - BERNAMA/Fail
Walaupun Ops Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 baru dilancarkan pada 29 Mei lalu, jumlah kematian yang dicatatkan di Ipoh kini sama dengan jumlah yang dicatatkan sepanjang tempoh operasi tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Mohd Ali Tamby berkata, sepanjang Ops Selamat sempena Aidilfitri tahun lalu, sebanyak 624 kes kemalangan dilaporkan dengan tiga kematian.
Tahun ini, tiga kematian telah dilaporkan dalam 24 kes kemalangan yang direkodkan setakat ini.
"Kita harap orang ramai lebih berhati-hati di jalan raya dan ikut peraturan yang ditetapkan. Saman yang dikeluarkan semata-mata untuk mendidik," katanya ketika ditemui selepas perasmian Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Persatuan Jemaah Jaksa-Jaksa Pendamai Perak di Plaza Tol Ipoh Selatan, pada Sabtu.
Hadir sama Presiden persatuan, Datuk Ab Wahab Azizul Hasan; Timbalan Presiden Tan Sri Darshan Singh; Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Mohd Khairul Jamil dan Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Ipoh, Idham Idris.
Mohd Ali berkata, bagi operasi tahun ini, pihaknya memberi tumpuan kepada tiga kawasan 'hot spot' risiko kemalangan dan dua kawasan 'black spot' kemalangan maut.
Menurutnya, kawasan hot spot di sepanjang jalan Kuala Kangsar; Jalan Jelapang-Chemor dan Jalan Sultan Nazrin Shah dari Kampung Rapat-Simpang Pulai manakala kawasan black spot pula di antara KM2 dan KM3 Jalan Ipoh-Lumut dan KM20 dan KM30 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.
Sementara itu, Ab Wahab berharap pengguna lebuh raya akan menggunakan segala kemudahan yang terdapat di kawasan rehat dan rawat (R&R) serta hentian sebelah, sekiranya letih dan mengantuk.
"Harapan kita agar semua dapat balik kampung dengan selamat untuk berhari raya dengan keluarga tersayang," ujarnya.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Ops Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan