awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora, 14 penumpang cedera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
03/04/2021
23:24 MYT
Bas ekspres terbabas dekat Terowong Menora, 14 penumpang cedera
Sejumlah 14 penumpang cedera apabila bas ekspres dinaiki terbabas ke bahu jalan berhampiran Terowong Menora awal pagi ini. -JBPM
IPOH: Seramai 14 penumpang cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas ke bahu jalan di Kilometer 265, Lebuhraya PLUS arah selatan, berhampiran Terowong Menora, dekat sini, awal pagi ini.
Mangsa yang tercedera terdiri daripada 11 lelaki dan tiga perempuan.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, mereka menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada 2.22 pagi.
“Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres yang menghala dari Kulim ke Kuala Lumpur telah terbabas ke bahu jalan, tanpa melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut jurucakap itu, anggota bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa yang cedera dan memberi rawatan awal kepada mereka sebelum diserahkan kepada pihak ambulan untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Penolong Penguasa Bomba Shahrudi Muhamad Halil tamat pada 4.39 pagi.
Topic Berkaitan
#bas ekspres
#Lebuhraya PLUS
#Terowong Menora
#JBPM
#bas terbabas
#penumpang cedera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan