awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor terima menghadap Dr Malik, pertemuan sarat emosi
140,000 kes tangkapan ular direkod pada 2025 - APM
Mayat lelaki disyaki mangsa bunuh ditemui dalam sungai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Basikal Lajak: Enam penjaga ditahan di Ampang bantu siasatan

Fareez Azman
Fareez Azman
11/11/2019
08:39 MYT
Basikal Lajak: Enam penjaga ditahan di Ampang bantu siasatan
Dua daripada enam kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti basikal lajak dikenakan saman dan basikal mereka dirampasdi bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Padah berbasikal lajak, enam penjaga kepada kanak-kanak yang terlibat dalam aktiviti tidak sihat itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.
Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff, kesemua penjaga itu ditahan selepas hadir ke Balai Trafik Pandan Indah bagi menjamin enam anak mereka yang ditahan dalam satu operasi basikal lajak oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Taman Kosas, di sini pada Ahad malam
“Tangkapan telah dilakukan ke atas (6) orang penjaga kepada kanak-kanak tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Kesemua tangkapan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan diambil," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, jika didapati bersalah membiarkan kanak-kanak tanpa pengawasan yang berpatutan dibawah Akta Kanak-Kanak 2001, kesemua mereka berdepan tindakan didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Manakala enam kanak kanak terbabit berusia antara 11 hingga 16 tahun itu turut dikenakan saman dan basikal lajak milik mereka dirampas di bawah Seksyen 112(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Minggu lalu, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Azisman Alias menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penjaga kepada kanak kanak yang berbasikal lajak.
Topic Berkaitan
#basikal lajak
#disaman
#ditahan
#Kanak-kanak
#penjaga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan