awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bauksit: Jangan ganggu siasatan SPRM - MB Pahang

Bernama
Bernama
11/01/2016
10:22 MYT
Bauksit: Jangan ganggu siasatan SPRM - MB Pahang
ADNAN: Kerajaan negeri juga bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini bagi mengurangkan pencemaran. - Gambar Fail
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob menggesa semua pihak agar tidak mengganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu perlombongan bauksit di negeri ini.
Beliau berkata kebijaksanaan SPRM dalam siasatan itu tidak wajar dipertikaikan dan kerajaan negeri juga tidak mencampuri urusan siasatan berkenaan, kerana mahu penyiasatan yang telus.
Adnan menambah peluang juga perlu diberikan kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah berkaitan bauksit kerana perkara ini turut melibatkan agensi penguatkuasaan di bawah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan.
BACA: SPRM panggil enam pegawai PTG Pahang bantu siasatan isu bauksit
BACA: SPRM tahan tiga orang awam
BACA: Tengku Abdullah mahu kerajaan cari penyelesaian terbaik isu bauksit
"Agensi di bawah kerajaan negeri adalah Pejabat Tanah dan Galian (PTG). Masalah ini berlaku disebabkan kelemahan penguatkuasaan.
"Sebab itu kita setuju tindakan Kerajaan Pesekutuan hendak bantu kerana pelabuhan, Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis dan Kastam di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Kerajaan negeri juga bersetuju dengan keputusan Kerajaan Persekutuan mengenakan tempoh moratorium selama tiga bulan bermula 15 Januari ini bagi mengurangkan pencemaran selain mencari penyelesaian lebih baik yang bersifat jangka panjang.
Adnan juga meminta pihak media agar tidak menyebar laporan tidak tepat berkaitan isu bauksit.
Katanya, beliau akan mengeluarkan kenyataan lengkap merangkumi peranan menteri besar dan jabatan terlibat dalam isu berkenaan tidak lama lagi.
"Saya bukan mahu main blaming game (mempersalahkan sesiapa), tapi saya nampak apabila saya diam, semakin banyak laporan tidak adil.
"Buat masa ini saya memerhatikan laporan media, termasuk media sosial sebelum mengeluarkan jawapan kepada perkara yang dibangkitkan," katanya.
Topic Berkaitan
#Adnan Yaakob
#bauksit
#Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Kuantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan