awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bawa parang ke Istana Kehakiman, lelaki kurang siuman ditahan polis

Bernama
Bernama
12/01/2016
10:11 MYT
Bawa parang ke Istana Kehakiman, lelaki kurang siuman ditahan polis
Dalam kejadian 9 pagi itu, lelaki berusia 27 tahun yang memakai kemeja-T warna merah dan berkain pelikat, dikatakan mahu memasuki Istana Kehakiman berjumpa hakim bagi mengadu masalah peribadi. -Filepix
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis kerana didapati membawa sebilah parang pemotong daging dan pisau dalam beg ketika memasuki Istana Kehakiman, Presint 3 di sini hari ini.
Dalam kejadian 9 pagi itu, lelaki berusia 27 tahun yang memakai kemeja-T warna merah dan berkain pelikat, dikatakan mahu memasuki Istana Kehakiman berjumpa hakim bagi mengadu masalah peribadi.
Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hassan berkata penganggur itu ditahan ketika pemeriksaan polis di pintu utama Istana Kehakiman.
"Lelaki tersebut dibawa ke balai polis dan dimaklumkan keluarganya bahawa ada rekod rawatan mental di hospital," katanya ketika dihubungi hari ini.
Rosly berkata kes tersebut dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) yang kemudian meminta merujuk hospital untuk tindakan lanjut.
Lelaki itu dipercayai menaiki bas dari Bukit Rambai, Melaka pagi tadi ke Istana Kehakiman.
Difahamkan lelaki tersebut cuba memasuki Istana Kehakiman pada Disember lepas namun dihalang polis bantuan di sana.
Topic Berkaitan
#Istana Kehakiman
#kurang siuman
#Pelikat
#Rosly Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan