awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
Klinik kecantikan haram diserbu, 15 warga asing ditahan salah guna PLS
Penemuan enam rangka: Dua beradik didakwa bunuh seorang mangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran kenaikan elaun guru KAFA diberi secara tunggakan - Jakim

Bernama
Bernama
13/04/2023
09:18 MYT
Bayaran kenaikan elaun guru KAFA diberi secara tunggakan - Jakim
Menurut Halimah, Jakim akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima. - Fail/Sinar Harian
PUTRAJAYA: Pembayaran kenaikan elaun guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) akan dibuat secara tunggakan bermula Januari 2023 kepada semua guru KAFA di seluruh negara, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd Yusoff.
"Jakim akan menguruskan penyaluran semua pembayaran berkenaan melalui kerajaan negeri sebaik sahaja peruntukan tersebut diterima," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Jakim memahami kegusaran beberapa pihak mengenai pembayaran kenaikan elaun guru KAFA dan bantuan secara 'one-off' kepada imam, bilal, siak, guru KAFA dan guru takmir yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas.
Dalam Belanjawan 2023 itu, Anwar mengumumkan kerajaan bersetuju menaikkan elaun 35,000 guru KAFA sebanyak RM100 kepada RM1,100 dengan peruntukan tambahan lebih RM40 juta.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga bersetuju memberikan sumbangan khas RM600 kepada imam, bilal, tok siak, noja, marbut, guru KAFA dan guru takmir, dengan 70,000 orang akan menerima sumbangan itu melibatkan peruntukan lebih RM40 juta.
"Dengan kenyataan ini, Jakim menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa bayaran bantuan 'one-off' kepada imam, bilal dan guru KAFA tidak termasuk dalam senarai bantuan oleh pihak kerajaan," kata Hakimah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru KAFA
#elaun guru
#JAKIM
#Kelas al-Quran dan Fardhu Ain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan