awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 11 bulan maut di rumah pengasuh

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
10/05/2022
14:28 MYT
Bayi 11 bulan maut di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dikejarkan ke hospital, selepas didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuh di Kajang, pada Isnin. - Gambar hiasan
SERDANG: Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan dikejarkan ke hospital, selepas didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuh di Kajang, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pemeriksaan pegawai perubatan dari Hospital Serdang, di sini mengesahkan bayi tersebut meninggal dunia.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan dari hospital berkenaan pada Isnin, yang memaklumkan seorang bayi dibawa ibunya dari rumah pengasuh dalam keadaan tidak sedarkan diri dan didapati tidak bernafas.
"Kita telah mengambil keterangan daripada pengasuh dan setakat ini siasatan masih lagi diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kematian bayi tersebut.
"Bedah siasat telah dijalankan pada hari ini (10 Mei) dan dimaklumkan pending laboratory analysis (menunggu analisis makmal)," katanya dalam kenyataan di sini pada Selasa.
Mohd Zaid mengesahkan setakat Selasa tiada sebarang tangkapan dibuat.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502 atau mana-mana balai berhampiran dengan segera.
Topic Berkaitan
#bayi
#Kanak-kanak
#pengasuh
#Kajang
#Polis Daerah Kajang
#Hospital Serdang
#bayi maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan