awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi 14 bulan dilarikan bersama kereta ditemui selamat

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
26/07/2015
03:23 MYT
Bayi 14 bulan dilarikan bersama kereta ditemui selamat
Seorang bayi berusia 14 bulan yang dilarikan bersama kereta keluarganya di Subang Jaya pada malam semalam ditemui selamat. Kredit foto - Facebook Niezam Petrelli
Seorang bayi berusia 14 bulan yang dilaporkan hilang selepas kereta milik keluarganya dilarikan seorang individu di sebuah pusat membeli-belah di Subang Jaya, Selangor pada Sabtu malam ditemui selamat di sebuah stesen minyak di Glenmarie, Shah Alam beberapa jam selepas kejadian.
Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 10.30 malam di hadapan sebuah pusat beli belah yang terletak di kawasan SS16 itu, bapa kepada bayi tersebut keluar dari kenderaannya untuk memanggil isterinya sebelum ternampak seorang lelaki memasuki kereta dan melarikan keretanya.
Satu laporan polis dibuat oleh ibu bapa bayi sejurus selepas kejadian tersebut pada kira-kira jam 10.58 malam tadi.
Ketika dihubungi Astro AWANI, abang kepada ibu bayi berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Niezam Petrelli berkata, suspek dipercayai berusia dalam linkungan 20-an.
Sejurus adiknya memaklumkan mengenai kejadian itu, Niezam memuat naik maklumat tentang kehilangan anak buahnya dengan gambar-gambar bayi tersebut di laman sosial.
Bayi hilang subang Myvi
Bayi hilang subang Myvi
Sumber Foto: Facebook Niezam Petrelli
Menurut Niezam, suspek telah meninggalkan bayi itu di sebuah stesen minyak sebelum ditemui oleh salah seorang pekerja di stesen itu.
"Pekerja yang bertugas pada malam tadi terdengar suara bayi menangis sebelum beliau menghubungi pihak polis untuk memaklumkan perkara itu," kata Niezam.
Memetik posting dari Facebook SJ Echo, OCPD ACP Yahaya Ramli mengesahkan bayi berkenaan dijumpai di stesen minyak di Glenmarie dan berada di bawah jagaan polis Bukit Jelutong, Shah Alam sebelum dipulangkan ke pangkuan keluarganya.
Bayi hilang subang Myvi
Bayi hilang subang Myvi
Pekerja stesen minyak yang menemui bayi tersebut. - Sumber Foto: Facebook Niezam Petrelli
Niezam berkata, adiknya yang kini mengandung tiga bulan berasa sedikit trauma namun ahli keluarga mereka bersyukur kerana bayi itu selamat.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu serta mereka yang menyebarkan info sehingga terjumpanya anak buah saya,” katanya.
Beliau berharap tiada andaian dan tuduhan melulu dilemparkan kepada keluarganya dan menasihatkan orang ramai untuk sentiasa berada dalam keadaan berhati-hati pada setiap masa.
Sehingga artikel ditulis, kereta MyVi dengan nombor pendaftaran WVD 1739 yang dilarikan masih belum ditemui.
Pengguna media sosial yang peka dengan berita kehilangan itu turut bertindak dengan berkongsi maklumat dan gambar bayi tersebut di laman sosial mereka.
ALERT: Kejadian:10mlm. Curi Kereta + ada baby 1thn 2bln -SubangParade. #WVD1739 (MYVI Putih) https://t.co/I4QN5QOTcq pic.twitter.com/znspbxjRgV
— syawalシ (@syawal) July 25, 2015
WVD 1739 myvi putih dibawa lari ada baby dlm tu Hubungi segera 016-6660053 / 0162287759 Please guys viralkan pic.twitter.com/k3CZKAfq7L
— NURUL (@syafienahamrie) July 25, 2015
Myvi WVD1739 hilang dekat subang jaya 10+pm depan tgi friday (kereta dilarikan sekali ada budak perempuan ni) pls RT pic.twitter.com/xX5IdXlHmF
— ashh (@ashhsigigibesi) July 25, 2015
area: subang parade No plat keta : WVD 1739 Jenis : MYVI Putih Hubungi saya segera 016-6660053 / 0162287759 Nizam pic.twitter.com/5ZClyDoq5o
— . (@almasuzma_) July 25, 2015
WHITE MYVI : WVD 1739 /p>— Madam Suezy (@therealsuezy) July 25, 2015
Topic Berkaitan
#14 bulan
#bayi
#culik
#Myvi
#selamat
#Subang Jaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan