Penantian sepasang suami isteri selama 13 tahun untuk mendapatkan zuriat menjadi kenyataan selepas mereka dikurniakan seorang cahaya mata menggunakan kaedah In Vitro Fertilisation (IVF) atau dikenali bayi tabung uji.
Bayi kepada pasangan Noor'Adn Muhammad, 38, dan suaminya, Mohd Yuhairil Haniff Yoon, 37, juga mencatat sejarah sebagai bayi pertama yang lahir hasil prosedur pemindahan embrio beku atau procedure frozen-thaw embryo transfer (FET) selepas enam tahun dibekukan.
Menurut pakar Obstetrik, Ginekologi dan Reproduktif (O&G), Dr Nasuha Yaacob berkata, bayi lelaki seberat 3.34 kilogram itu dilahirkan pada pukul 8.38 pagi Isnin di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi (Priba) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSN), di sini.
Kaedah pemindahan embrio beku itu dilakukan selepas enam berikutan ibu bayi berkenaan, Noor'Adn mengalami keguguran sebanyak dua kali.
"Sebenarnya proses pembekuan ini tidak ada tempoh tamat. Cuma, ini adalah garis panduan Kementerian (Kesihatan) untuk menggalakkan ibu memindahkan embrio dalam masa lima tahun," kata beliau.
Noor'Adn menerima rawatan infertiliti di HSNZ sejak 2011 dan menjalani IVF pada 2012, namun ketika kandungannya mencecah usia dua bulan, dia mengalami keguguran.
Dia kemudiannya disahkan hamil bayi kembar setahun kemudian, namun sekali lagi mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 20 minggu.
Pada 2018, Noor'Adn kembali lagi ke HSNZ untuk menjalani rawatan FET dan disahkan hamil pada Februari tahun ini.
"Saya buat rawata dulu di HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) Kubang Kerian, Kelantan. Kemudian Prof Dr Azlina meminta saya mengadakan susulan di sini (HSNZ) sebab ada rawatan IVF.
"Jadi saya pun menetap di Terengganu. Alhamdulillah pakar-pakar di sini memang betul-betul tolong (untuk hamil) sampai berjaya," kata Noor'Adn berkongsi pengalamannya.
Bayi yang dinamakan Muhammad Syafiq Muttaqin itu merupakan bayi ke-118 yang dilahirkan menerusi kaedah IVF di HSNZ.
Untuk rekod, kadar kehamilan IVF di HSNZ mencecah 40 peratus pada 2019 dengan menyaksikan peningkatan berbanding 30 peratus pada 2018, 28 peratus (2017) dan 26 peratus (2016).
Sharom Abu Bakar
Tue Oct 08 2019
Muhammad Syafiq Muttaqin dilahirkan hasil prosedur pemindahan embrio beku atau procedure frozen-thaw embryo transfer (FET) selepas enam tahun dibekukan. - Gambar BERNAMA
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Wanita di Gaza perlu gencatan senjata segera - Ketua Wanita PBB
Sima Bahous membangkitkan kesukaran yang dialami wanita di Gaza, sambil menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera.
Sampel organ bayi maut di rumah pengasuh diambil untuk siasatan lanjut - Polis
Punca kematian bayi perempuan berusia tiga bulan di rumah pengasuhnya di Presint 15, Putrajaya, Selasa lalu, masih belum dikenal pasti.
Ibu tukar pengakuan tidak bersalah beri anak 16 bulan, susu campur dadah
Tertuduh mengubah pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibaca semula di hadapan Hakim, Noor Ruzilawati Mohd Nor.
2 termasuk bayi maut akibat kekurangan zat makanan di Gaza
Serangan berterusan Israel setakat ini mengorbankan sekurang-kurangnya 30,960 orang dan 73,000 lagi cedera.
Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan
Pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.
Bayi kongsi inkubator akibat kesesakan di Rafah
Keadaan ini menyebabkan penularan penyakit dalam kalangan bayi-bayi itu.
Suami isteri bancuh susu bayi guna cecair syabu diberkas
Bayi pasangan itu kini berada dalam pemantauan pihak Hospital Kajang dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Suami isteri namakan bayi M Prabowo Gibran
Sepasang suami isteri menamakan anak mereka yang baru dilahirkan, M Prabowo Gibran sempena kelahiran anak yang jatuh di hari pesta demokrasi Indonesia.