awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/04/2021
08:53 MYT
Bayi lelaki berbalut tuala ditemui bersama nota di depan pintu pejabat
Bayi lelaki yang masih bertali pusat itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki. - Gambar/ PDRM
GEORGE TOWN: "Tolong jaga budak ini". Itu kandungan nota yang ditemui di sisi seorang bayi yang ditinggalkan di hadapan pintu pejabat Persatuan Perkembangan Kesihatan Keluarga Pulau Pinang di Jelutong, di sini.
Bayi lelaki yang masih bertali pusat dan berbalut dengan tuala berwarna hijau muda itu ditemui jam 7.40 malam Sabtu oleh seorang lelaki yang datang ke bangunan berkenaan untuk melawat rakannya.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata lelaki berusia 43 tahun berkenaan memberitahu bayi itu tidak menangis ketika ditemui.
"Lelaki berkenaan segera membawa bayi itu masuk ke dalam pejabat persatuan dan memakaikan lampin serta pakaian. Bayi itu turut diberikan susu formula sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menaiki ambulans.
"Pemeriksaan awal mendapati bayi itu mengalami jaundis. Laporan polis kemudian dibuat oleh lelaki terbabit kira-kira jam 9.29 malam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kamera litar tertutup (CCTV) di situ tidak berfungsi pada hari kejadian, namun terdapat satu lagi CCTV berhampiran kawasan itu yang dipercayai boleh membantu siasatan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, katanya orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat di talian ‪019-4735105‬ atau menerusi WhatsApp rasmi Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Timur Laut di talian ‪019-5641822‬ atau hadir ke balai polis yang berhampiran.
Topic Berkaitan
#bayi lelaki
#ditemui
#depan pintu pejabat
#bertali pusat
#baru dilahirkan
#ditinggalkan
#bersama nota
#berbalut tuala
#masih hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan