Bayi lelaki yang menjadi mangsa dalam kejadian kereta dilarikan seorang remaja di Dungun Isnin lepas, kini dipindahkan semula ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.
Muhammad Ashraf Ikhwan, yang berusia sembilan bulan, dipindah ke ICU sejak dua hari lepas setelah beberapa hari menerima rawatan di wad kanak-kanak.
Pirhat Karim, 34, berkata anak sulungnya itu berada dalam keadaan stabil namun doktor belum memberitahu punca Muhammad Ashraf dipindah ke wad berkenaan selepas ditempatkan di wad biasa 6 November lepas.
"Kami juga tidak pasti mengapa anak dimasukkan semula ke ICU dua hari lepas dan kami masih menunggu keputusan doktor, bagaimanapun doktor memaklumkan dia dalam keadaan stabil dan sihat," katanya ketika dihubungi.
Pirhat berkata sebelum ini, beliau memohon untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Baharu, Kelantan namun buat masa ini, belum boleh berbuat demikian.
Katanya, beliau berhasrat mendapatkan rawatan lanjut di kampung isterinya itu kerana dekat dengan anggota keluarga selain lebih mudah untuk menguruskan anak dan isteri, Che Mastura Che Awang, 31.
Pirhat berkata Che Mastura sepatutnya menjalani pembedahan kecil namun terpaksa ditangguh untuk menjaga Muhammad Ashraf.
Keluarga Pirhat antara dua keluarga yang berdepan detik cemas apabila mereka 'dilarikan' bersama kenderaan masing-masing oleh seorang remaja lelaki dalam kejadian yang bermula di kawasan rehat dan rawat Lebuhraya Pantai Timur di Bukit Besi-Ajil, Isnin lepas.
Kereta keluarga Pirhat terbabas dan terbabit kemalangan ketika dilarikan, dan remaja itu bertindak menahan serta melarikan kereta yang dinaiki satu lagi keluarga.
Kemalangan itu menyebabkan Muhammad Ashraf tercampak ke atas jalan raya dan koma selama dua hari manakala Pirhat cedera di anggota badan, retak di bahu manakala isterinya cedera di muka dan retak tulang rusuk.
Bernama
Sun Nov 10 2013

Gambar fail bapa Muhammad Ashraf, Pirhat (tengah).

Tunggakan gaji: Pasukan terlibat akan disekat sertai MPFL - Rosmadi
Rosmadi berkata pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia.

Giggs yakin Manchester United mampu jinakkan Spurs di final UEL
Bekas bintang Manchester United, Ryan Giggs yakin bekas pasukannya itu mampu mengatasi Tottenham Hotspur dalam aksi final Liga Europa UEFA (UEL) pada Khamis ini.

Piala Asia: Malaysia jinakkan Korea Selatan, juarai Kumpulan B
Malaysia melangkah gagah ke peringkat separuh akhir acara regu berpasukan selepas menewaskan Korea Selatan 3-0.

Hujan ribut, pokok tumbang, empat cedera, 10 rumah rosak di Ipoh
Menurutnya, kelima-lima mangsa berteduh di bawah garaj rumah kosong itu ketika hujan lebat dan angin kencang di sekitar Ipoh.

Nahas FRU: KPWKM teliti bantuan JKM yang akan disalur - Nancy
KPWKM sedang meneliti bantuan kewangan menerusi JKM yang akan disalur kepada waris sembilan anggota FRU yang terkorban dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampan.

Hubungan baik PKR, GRS perlu dijaga untuk hadapi PRN17 Sabah - Mustapha
Mustapha berkata, walaupun PKR sudah memutuskan untuk bersama-sama BN pada PRN17, kerjasama dengan GRS akan dibincang secara lebih lanjut.

Konsep Piala Dunia 2025 mirip Sukan Komanwel 2026 - PLBM
Malaysia menjadi negara pertama menguji penggunaan gelanggang mudah alih atau portable ring mengikut piawaian antarabangsa.

MITRA terus perkasa ekonomi masyarakat India melalui penganjuran MIIP
Program MIIP dilihat penting kerana menjadi satu-satunya platform bagi meningkatkan tahap celik pelaburan komuniti India.

RM13.3 bilion Wang Tak Dituntut direkod setakat April - Akauntan Negara
Akauntan Negara Nor Yati Ahmad berkata sejak sistem WTD diwujudkan pada 1977, hanya kira-kira RM4 bilion telah dituntut pemilik atau waris.

Majlis Belia pentas anak muda bina bangsa MADANI
Majlis Belia perlu membuka pintu seluas-luasnya untuk menerima dan mencari pandangan belia dari luar tembok organisasi MBWP.

Bayi mangsa kereta dilarikan remaja kembali ke ICU
Muhammad Ashraf Ikhwan, yang berusia sembilan bulan, dipindah ke ICU sejak dua hari lepas setelah beberapa hari menerima rawatan di wad kanak-kanak.