JOHOR BAHRU: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan meninggal dunia pada Jumaat lalu, dipercayai akibat didera.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
"Berdasarkan laporan polis, bayi tersebut dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan disyaki telah didera.
"Bayi itu disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 3.50 pagi pada Jumaat. Hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati wujud elemen jenayah dalam kematian bayi itu," katanya dalam kenyataan pada malam Selasa.
Menurut beliau, polis masih mengesan ibu bayi tersebut yang merupakan warganegara Vietnam.
"Bertindak atas maklumat, tangkapan telah dibuat terhadap dua rakan kepada ibu mangsa. Teman lelaki kepada salah seorang daripada rakan ibu mangsa juga ditahan.
"Selain itu, pengasuh bayi yang merupakan pasangan suami isteri juga ditahan. Kesemua suspek berusia lingkungan 29 hingga 42 tahun ditahan di beberapa lokasi sekitar bandar raya ini pada jam 10 malam Khamis lalu," katanya.
Menurut beliau, dua rakan kepada ibu mangsa itu disyaki telah menjaga bayi tersebut untuk satu tempoh masa sebelum kejadian.
Tambahnya, kesemua suspek direman selama enam hari bermula Jumaat dan akan disambung reman di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada Rabu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya sekali.
"Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini boleh menghubungi balai polis berdekatan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 01 2024
Berdasarkan laporan polis, bayi tersebut dirawat di ICU, disyaki telah didera dan disahkan meninggal dunia pada kira-kira jam 3.50 pagi Jumaat. - Gambar hiasan
Jangan bimbang dengan peraturan baharu - China
China yang mempunyai pertikaian kedaulatan maritim dengan Filipina dan negara lain yang menuntut wilayah, telah mengeluarkan peraturan baru yang berkuat kuasa pada 15 Jun.
Harimau Malaya 'tempang' harungi aksi kelayakan Piala Dunia/Piala Asia
Skuad kebangsaan bakal mengharungi baki dua perlawanan terakhir kumpulan bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 tanpa lima tonggak utama yang terpaksa diketepikan pada saat-saat akhir.
Pesawat SIA alami penurunan ketinggian mendadak
Kementerian itu menambah, pada pukul 7.49 pagi waktu tempatan, 21 Mei, pesawat itu sedang melepasi selatan Myanmar pada ketinggian 37,000 kaki dan kemungkinan terbang di kawasan yang sedang berlaku aktiviti perolakan.
Korea Utara hantar lebih 200 belon sampah ke Korea Selatan
Tentera Korea Selatan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyentuh belon putih dan beg plastik yang melekat padanya kerana ia mengandungi sisa kotor dan sampah.
28 maut, lebih 20 cedera bas jatuh gaung di barat daya Pakistan
Sekurang-kurangnya 28 orang terbunuh dan lebih 20 orang cedera dalam kemalangan bas di daerah Washuk, wilayah Balochistan, barat daya Pakistan.
Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melahirkan rasa kagum melihat mahasiswa dan mahasiswi universiti di Amerika dan Eropah berdemonstrasi menyokong Palestin dan mengutuk Israel.
IFRC tuntut penyelesaian politik, gencatan senjata
Kate Forbes menegaskan, peperangan yang hampir memasuki lapan bulan perlu dihentikan bagi membolehkan penyaluran bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Jemaah kirim kurma, jubah hingga 40kg melalui Pos Laju di tanah suci
Lembaga Tabungn Haji (TH) memudahkan urusan jemaah haji Malaysia untuk mengirimkan brangan seperti kurma, jubah, sejadah dan cenderahati dari Tanah Suci melalui khidmat ditawarkan Pos Malaysia Bhd melalui perkhidmatan kuriernya, Pos Laju di Mekah dan Madinah.
Kerajaan Perpaduan belum mesyuarat pilih calon
Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan setakat ini belum mengadakan mesyuarat berhubung pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
DBKL akan sediakan empat kontraktor di setiap kawasan Parlimen
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menydiakan empat kontraktor bagi setiap kawasan Parlimen untuk kerja-kerja penyelenggaraan pokok di ibu negara.
Pengasuh ditahan bantu siasatan bayi tujuh bulan meninggal dunia
Wanita berusia lingkungan 30-an itu direman hingga 10 Mei ini untuk siasatan lanjut.
Bayi sembilan bulan maut dipercayai didera
Laporan mengenai bayi itu diterima daripada seorang pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah pada jam 6.55 petang, Khamis lalu.
Bayi lelaki usia 3 bulan mati pada hari pertama di pusat asuhan
Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah pusat asuhan di Setia Alam, di sini Isnin lalu.
39 bayi maut di Hospital Al-Shifa akibat kekurangan oksigen
Hospital itu yang terletak di Semenanjung Gaza terjejas teruk akibat serangan Israel baru-baru ini.
Bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia, polis tahan pengasuh
Polis menahan seorang wanita yang disyaki melakukan pengabaian ketika mengasuh seorang bayi perempuan berusia tiga bulan, sehingga mengakibatkan bayi itu meninggal dunia.
Waris serah baju Baby Syifaa selepas dua bulan
Mahkamah diberitahu baju dan seluar yang dipakai Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa hanya diserahkan kepada polis selepas dua bulan kematiannya.
Bayi meninggal dunia di pusat penempatan pencari suaka di Belanda
Bayi itu meninggal dunia pagi Rabu di dewan sukan yang dijadikan pusat penerimaan pencari suaka di kampung Ter Apel.
Bayi lelaki empat bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Bayi itu dihantar kepada pengasuh terbabit sejak Jun lalu dan ketika kejadian kedua ibu dan bapa mangsa sedang bekerja.
Wanita, teman lelaki direman bantu siasatan kes bayi lapan bulan mati dipercayai didera
Perintah reman bermula semalam sehingga Isnin depan terhadap wanita bersama teman lelakinya, kedua-duanya berumur 30 tahun bagi membantu siasatan.
Kebakaran hospital, Menteri Kesihatan Sinegal dipecat
Marie Khemesse Ngom Ndiaye dinamakan sebagai menteri kesihatan baharu.