awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa hospital swasta nyata komitmen rawat pesakit COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
14:42 MYT
Beberapa hospital swasta nyata komitmen rawat pesakit COVID-19
APHM telah mengenal pasti sebanyak 1,138 buah katil termasuk 70 buah katil kritikal di 97 buah hospital swasta di seluruh negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Kerajaan telah memperoleh komitmen daripada beberapa buah hospital swasta untuk menerima rujukan dan merawat pesakit COVID-19 bergantung kepada kapasiti dan kepakaran yang sedia ada, ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Jelas beliau, sehingga kini, pihak Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) telah mengenal pasti sebanyak 1,138 buah katil termasuk 70 buah katil kritikal di 97 buah hospital swasta di seluruh negara.
Komitmen itu diperoleh hasil beberapa sesi perbincangan dengan pemegang taruh hospital swasta termasuk APHM dan beberapa syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) untuk menentukan hala tuju pengurusan pandemik COVID-19 negara.
"KKM melalui CPRC Perkhidmatan Hospital dan Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) sedang memperhalusi mekanisma cadangan kerjasama ini dengan lebih lanjut bersama pihak APHM, Kementerian Kewangan Malaysia serta Bank Negara Malaysia dan segala perkembangan akan diumumkan dalam masa yang terdekat," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Justeru, KKM berharap kerjasama dan usaha yang dijalankan oleh semua pihak ini akan dapat memutuskan rantaian jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia.
BACA: COVID-19: 3,306 kes baharu, 4 lagi kematian
BACA: PERMAI: RM15 bilion peruntukan untuk rakyat! Ini antara berita gembira diumum Muhyiddin
Katanya lagi, kerajaan sentiasa komited untuk mengukuhkan kerjasama di antara sektor kesihatan awam dan swasta dalam menangani pandemik COVID-19
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#kerajaan
#Malaysia
#COVID-19
#hospital swasta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan