awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka

Bernama
Bernama
21/04/2025
03:50 MYT
Beberapa kawasan di Pulau Pinang dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka
Beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam, awal pagi tadi. - Gambar fail
BUKIT MERTAJAM: Beberapa kawasan di daerah Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Utara (SPU) dilanda banjir kilat susulan hujan lebat lebih tiga jam, awal pagi tadi.
Antara lokasi yang dinaiki air ialah Taman Guar Perahu, Kampung Pelet, Penanti, Jalan Permatang Nibong, Permatang Pasir dan Kubang Semang.
Selain itu, Kampung Telok berhampiran Kawasan Perindustrian Sungai Lokan dan Taman Desa Murni dekat Sungai Dua, Merbau Kudung, Pajak Song dan sekitar Butterworth turut terjejas.
Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, susulan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Permatang Pasir, di sini pada 7 pagi yang menempatkan sebanyak 42 mangsa daripada 13 keluarga.
APM menerima maklumat awal berlaku banjir kilat dan beberapa kawasan di Kubang Semang dinaiki air pada 2 pagi selepas hujan lebat kira-kira 1 pagi tadi.
"Tindakan awal dibuat dengan memindahkan mangsa yang terlibat ke Masjid Kubang Semang sebelum mereka dipindahkan ke PPS sebaik ia dibuka pada 7 pagi ini," kata jurucakap itu dalam kenyataan hari ini.
Hujan telah berhenti pada 3 pagi dan air mulai surut serta tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa melibatkan mangsa dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banjir Pulau Pinang
#daerah Seberang Perai Tengah
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#Pusat Pemindahan Sementara
#Dewan Permatang Pasir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan