awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air: 81 peratus akaun pelanggan Air Selangor pulih

Bernama
Bernama
29/09/2019
20:49 MYT
Bekalan air: 81 peratus akaun pelanggan Air Selangor pulih
Orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit 'Air Selangor' atau laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat lanjut. - Gambar hiasan
Bekalan air bagi 81 peratus ataupun 372,031 akaun pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di empat buah wilayah dilaporkan telah pulih setakat pukul 6 petang Ahad.
Menurut kenyataan Air Selangor hari ini, pecahan peratusan pemulihan adalah berdasarkan di Wilayah Petaling (72 peratus), Hulu Langat (96 peratus), Kuala Langat (61 peratus) dan Sepang (85 peratus).
Pada Sabtu, Air Selangor memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas sepenuhnya selepas berlaku insiden pencemaran bau yang didakwa berpunca daripada Loji Rawatan Kumbahan di Bandar Bukit Mahkota.
Sebanyak 204 kawasan melibatkan 372,031 akaun pelanggan berdaftar di empat wilayah itu terjejas dengan gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran pencemaran bau itu.
Kenyataan itu turut menyebut bantuan lori tangki air terus digerakkan dan 10 Pusat Khidmat Setempat (PKS) akan beroperasi 24 jam sehari sehingga bekalan air pulih sepenuhnya.
Orang ramai boleh merujuk aplikasi telefon bimbit 'Air Selangor' atau laman sesawang www.airselangor.com untuk maklumat lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#bekalan air
#penduduk Selangor
#pengguna
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan