awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekalan air di enam kawasan di Klang/Shah Alam pulih pagi ini

Astro Awani
Astro Awani
12/10/2020
23:43 MYT
Bekalan air di enam kawasan di Klang/Shah Alam pulih pagi ini
Enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Bekalan air di enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi ini.
Menurut kenyataan Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri, setakat jam 7 pagi ini, bekalan air telah disalurkan semula ke semua kawasan-kawasan yang terlibat.
Ini berikutan kerja-kerja pembaikan paip pecah siap lebih awal daripada jadual.
"Air Selangor ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan paip pecah yang disebabkan oleh pihak ketiga di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24, Shah Alam telah siap lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 12:35 tengah malam, 13 Oktober 2020," katanya.
Pengguna boleh mendapatkan informasi terkini bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor di Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com.
BACA: Enam kawasan di Shah Alam alami gangguan bekalan air malam ini
Semalam, Air Selangor memaklumkan, enam kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dijangka mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam tadi sehingga petang ini.
Kawasan yang terlibat ialah Seksyen 18, 19, 20, 23, 24 dan 25 Shah Alam.
Katanya, kerja-kerja pembaikan paip pecah yang bermula jam 9 malam tadi dijangka siap jam 9 pagi ini dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 3 petang ini.
Topic Berkaitan
#bekalan air
#gangguan
#air
#Klang
#shah alam
#paip pecah
#kerja-kerja pembaikan
#Air Selangor
#Bekalan Air Pulih
#Pulih
#Elina Baseri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan