KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup), empat tahun lepas.
Teh Kok Hong, 34, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Lelaki itu didakwa memberikan 16 set dokumen iaitu Penyata Tuntutan Bayaran Bantuan Kewangan Kepada Kilang Penapis/Pembungkus Minyak Masak Sawit Tulen bagi tarikh antara 4 Sept 2019 dan 30 April 2020 berjumlah RM258,426, yang mengandungi butiran palsu kepada dua ejen KPDNHEP, dengan niat hendak memperdayakan kementerian itu.
Tuntutan berkenaan didakwa mengandungi butiran palsu yang pembekalan minyak masak tersebut tidak pernah dilaksanakan.
Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Bahagian Subsidi dan Bekalan Cawangan Analisa Perakaunan Industri, Bahagian Perdagangan Dalam Negeri, KPDNHEP di Putrajaya antara 25 Sept 2019 dan 12 Mei 2020.
Pertuduhan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (2) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda tuntutan palsu atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa SPRM Zander Lim Wai Keong menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan, namun peguam P. Sandrasegaran, mewakili tertuduh memohon jumlah jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang berniaga di Batu Pahat, Johor telah memberi kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang siasatan kes itu.
Mahkamah membenarkan Teh diikat jamin RM40,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan dan memerintahkan tertuduh melaporkan diri ke pejabat SPRM di Johor sebulan sekali sehingga kes selesai.
Mahkamah turut menetapkan 11 Sept ini untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 07 2023
Teh Kok Hong, 34, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob. - Gambar hiasan
MIC nafi dakwaan wujud boikot secara senyap dalam parti
MIC menuntut agar portal media berkenaan mendedahkan sumber yang mengeluarkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan undang-undang.
PRK KKB: Komuniti India diingatkan jadi pengundi bertanggungjawab - Ramanan
Ramanan berkata mereka tidak seharusnya termakan dengan sentimen yang digerakkan pihak tertentu yang menyeru mereka memboikot PRK berkenaan.
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Syarikat didenda RM100,000 kerana kemuka maklumat palsu bekalan minyak masak
Syarikat itu mengaku bersalah terhadap lima pertuduhan selepas dikesan melakukan kesalahan itu ketika Operasi Ayam, Telur dan Minyak Masak (Op ATM) pada 5 Julai tahun lepas.
Bekalan, harga minyak masak stabil selepas masalah pekerja asing selesai
Isu bekalan dan harga jualan minyak masak dijangka stabil selepas masalah kekurangan tenaga kerja asing yang dihadapi pemain industri perladangan, dapat diselesaikan.
Lesen akan ditarik, amaran Zuraida buat pengkhianat subsidi minyak masak
Penguatkuasaan akan dipertingkatkan untuk tangani krisis bekalan minyak masak subsidi.
Bekalan minyak masak peket pulih dalam masa terdekat - KPDNHEP
Kekurangan bekalan minyak masak peket yang berlaku setiap bulan akan pulih dalam masa terdekat selepas kerja-kerja pembungkusan dan agihan minyak dilakukan.
Saifuddin cadang tiga strategi turunkan harga minyak masak botol
Saifuddin tidak bersetuju dengan Mohd Khairuddin bahawa harga minyak masak di pasaran sekitar RM30 bagi botol lima kilogram adalah munasabah.
Subsidi minyak masak hanya untuk bungkusan 1 kg - KPDNHEP
KPDNHEP menjelaskan bermula November 2016, subsidi harga minyak masak hanya diberikan kepada bungkusan polibeg satu kilogram (kg).
Minyak masak: 26,857 premis diperiksa di seluruh negara - KPDNKK
Daripada kesemua premis yang diperiksa, pihaknya mengesan 30 kesalahan termasuk tujuh kes menyorok minyak masak.
FAMA sedia pasarkan minyak masak
FAMA sedia memasarkan minyak masak kepada pengguna melalui rangkaian peruncitannya di seluruh negara sekiranya masalah kekurangan bekalan berterusan.