awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kemboja minta Perancis serah bukti sejarah bantu selesai pertikaian sempadan dengan Thailand
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
Kebakaran hutan Taman Botani: Pemantauan diteruskan elak kejadian berulang - Bomba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas ADUN Sungai Puyu semakin beransur pulih, sedang rehat

Bernama
Bernama
17/08/2024
08:00 MYT
Bekas ADUN Sungai Puyu semakin beransur pulih, sedang rehat
Pihak keluarga masih tidak dapat membenarkan sesiapa untuk melawat Phee Boon Poh (foto) atas nasihat doktor pakar. -Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Keadaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu Datuk Seri Phee Boon Poh yang tidak sihat akibat serangan jantung, kini semakin beransur pulih namun masih menerima rawatan di hospital untuk pemantauan lanjut.
Anak perempuannya yang juga ADUN Sungai Puyu Phee Syn Tze yang memaklumkan perkembangan ayahnya berkata sepanjang tempoh tersebut, bapanya dirawat di Hospital Pantai di sini dan kini sedang berehat.
"Datuk Seri (Phee) dirawat di Hospital Pantai sepanjang tempoh ini. Pada masa ini beliau sedang berehat," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihak keluarga masih tidak dapat membenarkan sesiapa untuk melawat bapanya atas nasihat doktor pakar.
Phee dalam pada itu menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terus mengutuskan doa, serta prihatin terhadap perkembangan kesihatan bapanya.
Pada 1 Ogos, Phee, 72, dibawa ke hospital sejurus dilaporkan terjatuh di rumahnya kira-kira jam 11.45 malam ekoran serangan jantung.
Ahli politik veteran DAP yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang itu memegang jawatan ADUN selama empat penggal sebelum bersara pilihan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ADUN Sungai Puyu
#Phee Boon Poh
#serangan jantung
#Phee Syn Tze
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan