awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
26/12/2023
02:20 MYT
Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez meninggal dunia
Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez meninggal dunia pada usia 82 tahun. - Foto DAP
KUALA LUMPUR : Bekas Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez meninggal dunia pada usia 82 tahun.
Anak lelakinya, Ivan mengesahkan kematian bapanya itu disebabkan sakit tua.
John Fernandez merupakan antara pengasas awal parti DAP bersama Lim Kit Siang, mendiang Devan Nair dan beberapa yang lain pada 1966.
Mendiang juga pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rasah dari 1974 hingga 1978.
Pada 1980, mendiang keluar dari DAP selepas 14 tahun bersama parti itu dengan alasan perbezaan pendapat kepimpinan.
Mendiang bagaimanapun menyertai semula DAP pada 2000 dan berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Seremban untuk satu penggal pada 2008.
John Fernandez yang juga seorang peguam, sekali lagi meletakkan jawatan daripada parti itu pada 2013 untuk bertanding sebagai calon bebas bagi mempertahankan kerusi parlimen itu.
Namun, beliau tewas selepas memperoleh 221 undi dalam pilihan raya itu yang menyaksikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu.
Mendiang meninggalkan seorang isteri, Rose Ng dan empat orang anak.
Topic Berkaitan
#DAP
#John Fernandez
#meninggal dunia
#Ahli Parlimen Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan