awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas gitaris Ekamatra dihukum penjara 10 tahun

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
23/05/2018
10:32 MYT
Bekas gitaris Ekamatra dihukum penjara 10 tahun
Sebelum itu, Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.
Bekas gitaris kumpulan rock 90-an Ekamatra dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen di Alor Setar, hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan menyebabkan kematian seorang wanita warga emas ketika memecah masuk ke rumah mangsa pada Februari lalu.
Hakim Juraidah Abbas memerintahkan supaya hukuman terhadap tertuduh Md Nurul Azman Salilholdin@Salilhaldin, 44 tahun, bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa menyebabkan kematian Kau Fu Eng, 71, antara 2 petang hingga 6 petang, 25 Februari lalu di sebuah rumah di Taman Malaysia, Alor Setar.
Dia didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.
Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rehab Abdul Shukur manakala tertuduh yang mempunyai empat orang anak tidak diwakili peguam.
Juraidah berkata, hukuman itu dibuat selepas meneliti hujahan pendakwaan dan rayuan tertuduh.
Sebelum itu, Md Nur Azman memohon mahkamah meringankan hukuman kerana telah insaf dengan perbuatan yang dilakukannya.
Topic Berkaitan
#Ekamatra
#Juraidah Abbas
#Kau Fu Eng
#kumpulan rock
#Md Nurul Azman Saliholdin
#Pertuduhan
#Tertuduh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan