KUALA LUMPUR: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Datuk Ahmad Nazlan Idris yang telah melepaskan jawatan berkenaan pada 20 Dis 2022.
Ketua Pegawai Eksekutif PUNB Izwan Zainuddin berkata, ahli lembaga pengarah, pengurusan dan warga kerja PUNB mengucapkan tahniah susulan pelantikan tersebut dan mengalu-alukan kehadiran Acryl Sani di PUNB.
"Kami yakin dapat bekerjasama rapat dengan Acryl Sani dan memanfaatkan pengalaman luas serta pandangan strategik beliau dalam pembangunan usahawan bumiputera di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ketika ini Acryl Sani juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Dagang NeXchange Bhd.
Ketika berkhidmat dalam pasukan Polis Diraja Malaysia, Acryl yang menjadi Ketua Polis Negara ke-13 bermula 4 Mei 2021 hingga 22 Jun 2023 pernah memegang pelbagai jawatan lain antaranya Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (2018-2020), Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (2017), Ketua Polis Perak pada 2013 dan Pesuruhjaya Polis Sarawak (2011-2013).
Beliau adalah pemegang Sarjana Sains (Pengurusan) Universiti Utara Malaysia dan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 01 2023
Pengurusan dan warga kerja PUNB mengucapkan tahniah susulan pelantikan tersebut dan mengalu-alukan kehadiran Acryl Sani di PUNB. - Foto Facebook/Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
PUNB peruntuk RM5 juta, sasar lebih 300 peserta JumPER tahun ini - Acryl Sani
Pertambahan jumlah pembiayaan itu adalah susulan kejayaan peserta JumPER sebelum ini dalam bidang keusahawanan diceburi masing-masing.
Bekas Ketua Polis Negara Acryl Sani dilantik Pengerusi PUNB berkuat kuasa hari ini
PUNB mengumumkan pelantikan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
PUNB sasar 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB sertai Program Petronas Autoexpert tahun ini
PUNB menyasarkan 15 syarikat Rakan Usahawan PUNB dalam bidang automotif untuk menyertai Program Petronas AutoExpert pada tahun ini.
PUNB perkenal sistem dalam talian 'e-mohon' untuk permohonan pembiayaan perniagaan
Sistem tersebut dapat memudahkan pemohon, selain mempercepat dan meningkatkan kecekapan proses permohonan.
PUNB berjaya bangunkan 11,564 usahawan Bumiputera sejak ditubuhkan
Sebanyak 11,564 usahawan Bumiputera melibatkan 8,086 buah syarikat telah berjaya dibangunkan dengan jumlah kelulusan pembiayaan sebanyak RM3.5 bilion sejak penubuhan PUNB.
Noh minta Pernas, PUNB, KPDHEP bekerjasama selaraskan konsep francais
Noh berkata selaku Menteri, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk bekerjasama dengan semua golongan yang terbabit dalam keusahawanan selari dengan aspirasi cogan kata Keluarga Malaysia.
PUNB tawar moratorium penuh pembiayaan perniagaan, tambahan diskaun sewa premis perniagaan
PUNB menawarkan pemberian moratorium penuh ke atas prinsipal dan keuntungan kepada Rakan Usahawan yang layak dan tambahan diskaun sewa kepada penyewa premis perniagaan PUNB.
Ahmad Nazlan Idris dilantik pengerusi PUNB
Datuk Ahmad Nazlan Idris dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) berkuat kuasa 15 Okt 2021.
PUNB tawar skim pembiayaan baharu untuk individu diberhentikan kerja
SPUR terbuka kepada semua individu bumiputera berusia antara 18 tahun hingga 55 tahun yang hilang pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19.
PUNB lantik Izwan Zainuddin sebagai CEO baharu
Pelantikan Izwan adalah bagi menggantikan Datuk Azhar Haji Ahmad yang meletak jawatan pada 15 Okt 2018.