awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyertaan pasaran meningkat dijangka pacu kenaikan Bursa Malaysia minggu depan
Ketua PBB amat khuatir tindakan Israel sasar NGO
Banjir: Mangsa di Pahang dan Sarawak meningkat, Johor menurun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas KSN Ismail Bakar dilantik Pengerusi EAIC - PM Anwar

Bernama
Bernama
20/02/2024
11:36 MYT
Bekas KSN Ismail Bakar dilantik Pengerusi EAIC - PM Anwar
Ismail (foto) dilantik sebagai Pengerusi EAIC yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2027. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ismail Bakar dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Feb lepas hingga 31 Jan 2027.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan hari ini berkata bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Prasad Sandosham Abraham pula dilantik Timbalan Pengerusi EAIC.
Turut dilantik menganggotai EAIC ialah Datuk Seri Dr Yusof Ismail; Datuk Seri Dr Razali Ab Malik; Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Siti Zainab Omar.
"Pelantikan ini telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Jan lepas, selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].
"Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan," katanya.
Anwar dalam kenyataan sama menzahirkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Tan Sri Sidek Hassan, Tan Sri Datuk Zainun Ali, Tan Sri Mahmood Adam, Tan Sri Datuk Wira Aziah Ali, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk John Louis O'hara, dan Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di EAIC pada 30 Jun 2023.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail bakar
#Bekas Ketua Setiausaha Negara
#Pengerusi EAIC
#Prasad Sandosham Abraham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan