awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pemain hoki ditemui gelandangan, kini dirawat di HTAA

Sinar Harian
Sinar Harian
12/05/2025
01:25 MYT
Bekas pemain hoki ditemui gelandangan, kini dirawat di HTAA
Tangkap layar video yang menunjukkan Mohamad Asmawi yang dilihat berjalan tanpa memakai baju dan berkaki ayam. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang lelaki yang dipercayai bekas pemain hoki negara dan sebelum ini hidup sebagai gelandangan akhirnya berjaya dikesan serta diberi bantuan oleh pihak berkuasa.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Khairul Amri Ahmad berkata, individu terbabit ditemui oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Ahad dan telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Pihak JKM akan berusaha mendapatkan maklumat lanjut berkenaan latar belakang dan keluarga individu tersebut daripada pihak hospital,” katanya ringkas kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau berkata, menjadi tanggungjawab JKM untuk membantu lelaki terbabit mendapatkan rawatan yang diperlukan dan berpeluang untuk sembuh serta meneruskan kehidupan secara normal.
Pada 9 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan tentang tularnya rakaman video seorang lelaki yang dilihat berjalan berkaki ayam, meracau, dan kelihatan seperti orang kurang siuman di media sosial.
Individu berkenaan didakwa sebagai Mohamad Asmawi, yang pernah membawa cabaran pasukan hoki kebangsaan di pentas antarabangsa termasuk ke Jerman, India dan Pakistan.
Lelaki berusia 36 tahun itu meninggalkan kerjaya sebagai pemain hoki dan memilih untuk pulang ke kampung ketika usianya sekitar 25 tahun. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bekas pemain hoki
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
#mohamad asmawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami