KUALA LUMPUR: Bekas pemain ragbi kebangsaan, Prof Madya Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, di sini.
Allahyarham, 38, merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi di Universiti Teknologi Mara Shah Alam, meninggalkan seorang isteri, Azlina Mohd Ariff, 44.
Adik Allahyarham, Muhammad Naimmi Ismail, 31, ketika dihubungi Bernama memaklumkan, jenazahnya akan dikebumikan di Taiping, Perak selepas solat Asar hari ini.
"Allahyarham telah menerima rawatan di hospital sejak Januari lepas selepas kesihatannya merosot, pihak hospital juga memberitahu keluarga kami bahawa arwah kena serangan jantung minggu lepas.
"Allahyarham merupakan seorang yang sangat komited dan tegas dalam kerjanya. Walaupun telah lama meninggalkan dunia ragbi, namun Allahyarham masih aktif dengan sukan kegemarannya itu, apabila sering bermain dan memberi tips berkaitan psikologi kepada ahli kelab ragbi Cobra Malaysia," katanya.
Allahyarham yang terkenal dengan jolokan 'Doc Malan' dalam komuniti ragbi tanah air pernah mewakili negara bersama pasukan ragbi 7 sebelah di Sukan Komanwel di Manchester, England pada 2002 dan Sukan Asia Busan di Korea Selatan pada tahun sama, selain pernah menyarung jersi skuad 15 sebelah negara.
Sementara itu, Kesatuan Ragbi Malaysia dalam satu kenyataan merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergian Mazlan sebagai kehilangan besar bagi sukan ragbi dan dunia akademik negara.
"Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan di lapangkan kuburnya serta ditempatkan bersama hambanya yang bertaqwa di syuhada," menurut kenyataan itu. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 07 2021

Prof Madya Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

Banjir Kilat | Projek tebatan sepatutnya dapat atasi
Projek tebatan banjir di Kuala Lumpur sepatutnya menjadi satu kaedah mengatasi masalah banjir kilat yang sering melanda ibu kota. Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, pihak berwajib perlu membuat siasatan kenapa projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

Lim Kit Siang sekali lagi umum tanding pemilihan DAP
Tokoh veteran DAP Lim Kit Siang mengumumkan sekali lagi akan bertanding dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP yang diadakan pada bulan Jun tahun ini.

Banjir Kilat | Tidak ada satu usaha berkesan setakat ini
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berpandangan belum ada satu tindakan berkesan diambil dalam usaha mencegah banjir kilat yang sering melanda ibu kota.

COVID-19 | JPBN Bintulu saran PdPR dilaksanakan semula
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Bahagian Bintulu menyarankan agar Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) melaksanakan semula Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR). Ia susulan peningkatan secara mendadak kes-kes positif membabitkan sekolah-sekolah dalam kawasan bandar Bintulu.

PKP | Semua laluan tikus di tujuh daerah Kelantan ditutup
Bermula tengah malam Jumaat, kesemua laluan tikus di tujuh daerah di negeri Kelantan ditutup susulan pelaksanaan PKP.
![[TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes [TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1899915/32896850861618474520540_640x360.jpg)
[TERKINI] Jumlah kes COVID-19 hari ini 2,148 kes
Ini berita terbaharu diterima. jumlah kes COVID-19 hari ini adalah 2,148 kes (367,977 kes) pecahan setiap negeri (kumulatif), Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 512 kes.

Tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan Darurat - Muhyiddin
Tan Sri Muhyddin Yassin memberi jaminan bahawa tiada motif jahat di sebalik pengisytiharan Darurat seperti beberapa kebimbangan dibangkitkan sejak kebelakangan ini.

KDN akan keluarkan arahan pentadbiran berhubung kalimah Allah - Hamzah Zainudin
Kementerian Dalam Negeri akan mengeluarkan arahan pentadbiran terhadap penggunaan kalimah Allah dan tiga perkara lain masing-masing solat, Baitullah dan Kaabah.

Kerajaan tidak berhasrat laksana PKP kali ketiga - PM
Perdana Menteri memaklumkan perkara berkenaan dalam satu dialog dengan persatuan dan dewan-dewan perniagaan yang dianjurkan oleh kementerian perdagangan antarabangsa dan industri.

COVID-19: 2,148 jangkitan baharu, Sarawak catat kes tertinggi
Dengan masih lagi empat angka, ia menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan dalam negara bertambah kepada 367,977 setakat hari ini.

Bekas pemain ragbi kebangsaan 'Doc Malan' meninggal dunia
Dr Mazlan Ismail, meninggal dunia akibat serangan strok pada pukul 12.58 tengah malam tadi di Pusat Perubatan Universiti Malaya.