awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
Anwar pulang naik ETS3 ke ibu negara usai lawatan santai ke Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas penyerang handalan Tok Gajah Rosmaini meninggal dunia

Bernama
Bernama
08/04/2021
14:27 MYT
Bekas penyerang handalan Tok Gajah Rosmaini meninggal dunia
Rosmaini atau turut dikenali dengan sebagai 'Chud' mula aktif dalam bola sepak ketika berusia 16 tahun dan bermain dalam liga belia sebelum mewakili pasukan Tok Gajah serta beberapa kali beraksi untuk negara. - Bernama
KUANTAN: Bekas penyerang skuad bola sepak negara negara dan skuad Pahang pada era 70 dan 80-an, Rosmaini Mohd Shah meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini hari ini.
Beliau berusia 67 tahun.
Adik Allahyarham, Abdullah, 65, berkata abangnya meninggal dunia jam 3.15 petang akibat jangkitan kuman dalam darah.
"Abang mula dikesan menghadapi masalah kuman dalam darah pada Januari lepas menyebabkan dia ditahan dalam wad selama seminggu, sebelum dibenarkan keluar.
"Sejak itu, arwah beberapa kali dimasukkan ke hospital dan pada Mac lalu, kami diberitahu jangkitan itu telah merebak dan menjejaskan banyak organ lain," katanya semasa dihubungi di sini.
Abdullah berkata arwah yang merupakan anak kedua daripada sembilan beradik meninggalkan isteri Azam Afiah, 66.
Rosmaini atau turut dikenali dengan sebagai 'Chud' mula aktif dalam bola sepak ketika berusia 16 tahun dan bermain dalam liga belia sebelum mewakili pasukan Tok Gajah serta beberapa kali beraksi untuk negara.
Allahyarham Rosmaini pernah menyarung jersi skuad Pahang dari 1976 hingga 1983 manakala jersi skuad kebangsaan pada 1980-1982.
Allahyarham pernah membantu Pahang menjulang Piala Malaysia pada 1983 dan johan Piala Emas Raja-Raja pada 1981.
Kelincahan beliau di atas padang turut mendapat perhatian pasukan Thailand sekitar tahun 80-an dengan beberapa siri perlawanan sehingga digelar Chud Lanun oleh pemain Thailand.
Jenazah Rosmaini dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Hutan Setali di sini, selepas solat Isyak, malam ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas penyerang skuad bola sepak negara negara
#Pahang
#Rosmaini Mohd Shah
#meninggal dunia
#Hospital Tengku Ampuan Afzan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan