awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Washington kenakan sekatan ke atas pembantu Khamenei, tuduh terlibat kekerasan terhadap penunjuk perasaan
Eropah hantar tentera ketika Trump berkeras mahu kuasai Greenland
Filantropi harus berasaskan data, berorientasikan impak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas pesakit kusta minta KKM bina penghadang asingkan pusat kuarantin COVID-19

Bernama
Bernama
14/11/2020
08:36 MYT
Bekas pesakit kusta minta KKM bina penghadang asingkan pusat kuarantin COVID-19
Majoriti penghuni adalah warga emas yang merupakan bekas pesakit kusta di pusat itu dan berisiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19. -Gambar/ Facebook @Hospital Sungai Buloh Selangor
KUALA LUMPUR:Penghuni dan ahli Majlis Penempatan Sungai Buloh (MPSB) di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) dekat sini mencadangkan, agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membina penghadang dan kemudahan keselamatan yang sesuai, jika mereka bercadang membuka pusat kuarantin COVID-19 di situ.
Presiden MPSB Tan Heng berkata, majoriti penghuni yang tinggal di kawasan tersebut adalah warga emas yang merupakan bekas pesakit kusta di pusat itu, dan berisiko tinggi untuk dijangkiti virus COVID-19.
"Kami pada dasarnya mereka (KKM) boleh membuka pusat kuarantin di sini, tetapi hanya jika permintaan kami dipenuhi. Di mana penghuni dan pesakit kusta di dalam wad ditempatkan jauh dengan selamat, pagar berduri mesti diletakkan di kawasan kuarantin dan dengan pengawal," katanya di sini hari ini.
Timbalan Setiausaha MPSB Tan Nee berkata, majlis itu telah menghantar surat kepada KKM kira-kira sebulan lepas dengan senarai permintaan untuk mereka bina di pusat kuarantin tersebut.
Menurut majlis itu, hari ini dijangka kakitangan daripada KKM akan datang dan mengubah sebahagian bagunan itu kepada pusat kuarantin.
Pusat Kawalan Kusta Negara menempatkan sehingga 120 penghuni di bawah MPSB dan kebanyakan mereka pada usia lanjut, di mana virus seperti COVID-19 boleh menyebabkan kematian jika mereka dijangkiti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pusat Kawalan Kusta Negara
#PKKN
#pusat kuarantin
#Bekas pesakit
#penghuni
#golongan berisiko tinggi
#pagar
#penghadang
#kemudahan keselamatan
#MPSB
#Tan Heng
#Tan Nee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan