awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Talib Jamal meninggal dunia

Bernama
Bernama
27/12/2016
15:30 MYT
Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Talib Jamal meninggal dunia
Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Talib Jamal meninggal dunia semasa menjalani rawatan dialisis di sebuah klinik. - Gambar fail
Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Talib Jamal meninggal dunia semasa menjalani rawatan dialisis di sebuah klinik di sini, hari ini.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani mengesahkan Talib, 65, yang telah menetap di daerah ini sejak empat tahun lalu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.30 tengah hari.
"Jenazahnya dibawa ke surau IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuantan untuk disempurnakan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Bukit Ubi di sini," katanya semasa dihubungi malam ini.
Allahyarham dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak pada 1 Mac 2004 dan bersara pada Sept 2007 serta menerima Anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang pada 7 Sept 2007 yang membawa gelaran Datuk.
Allahyarham yang berkelulusan ijazah kejuruteraan dan ijazah sarjana dalam Kejuruteraan Mekanikal, menyertai pasukan polis sebagai Inspektor Percubaan pada 1970.
Antara jawatannya sebelum ini ialah Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Polis pada 1999 dan Timbalan Pengarah Lojistik (Kewangan/Bekalan/Perolehan) pada 1997. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bekas Pesuruhjaya Polis Sarawak
#IPD Kuantan
#Sharifuddin Ab Ghani
#Talib Jamal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan