awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas Timbalan Panglima Tentera Laut meninggal dunia

Astro Awani
Astro Awani
13/07/2018
23:38 MYT
Bekas Timbalan Panglima Tentera Laut meninggal dunia
Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan meninggal dunia akibat kanser kolon - Foto Bahagian Komunikasi Korporat TLDM
Bekas Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan meninggal dunia awal pagi ini akibat kanser kolon.
Menurut kenyataan Bahagian Komunikasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), beliau meninggal dunia jam 1:55 pagi di Hospital Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini.
Solat jenazah Allahyarham telah dilaksanakan di Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, selepas solat Subuh hari ini.
Turut hadir, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin serta anggota TLDM yang lain.
Jenazah Allahyarham dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves pada jam 8 pagi.
Solat jenazah Allahyarham Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan di Masjid Khalid Bin Al Walid, Jalan Padang Tembak. TS @mykamarul, JLAKS TLDM dan #NavyPeople turut hadir. _Al Fatihah_ pic.twitter.com/AjYfF9DnkL
— Royal Malaysian Navy (@tldm_rasmi) July 13, 2018
Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Pertahanan Mohamad Sabu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham menerusi tweetnya awal pagi ini.
Salam takziah kepada keluarga Mantan TPTL Allahyarham Laksamana Madya Datuk Anuwi bin Hassan yang telah pulang ke Rahmatullah awal pagi ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin. pic.twitter.com/WdOQ5JcBC9
— Mohamad Sabu (@MSabu_Official) July 13, 2018
Anuwi dilantik sebagai Timbalan Panglima Tentera Laut, Markas Markas Tentera Laut pada 18 Nov 2015.
Sebelum ini, beliau telah menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia.
Beliau menyertai TLDM pada Februari 1978 setelah menamatkan latihan di Pusat Latihan Kadet dan Rekrut, Kem Khatib, Sembawang, Singapura dan ditauliahkan ke dalam perkhidmatan pada bulan Mei 1980.
Sebelum mengambilalih jawatan sekarang, beliau telah memegang beberapa jawatan penting iaitu sebagai Pegawai Memerintah KD Serampang, KLD Tunas Samudera dan KD Mahawangsa.
Beliau juga telah diperjawatkan sebagai Asisten Ketua Staf Rancang dan Operasi, Markas Tentera Laut dan Pengarah Risik Laut di Markas Tentera Laut.
Beliau meninggalkan seorang balu, Datin Adida Abdul Aziz serta tiga orang cahaya mata.
Topic Berkaitan
#2015
#Angkatan Tentera Malaysia
#Anuwi Hassan
#Batu Caves
#bekas timbalan panglima tentera laut
#Hospital
#jenazah
#keluarga
#Malaysia
#meninggal dunia
#menteri
#Mohamad Sabu
#operasi
#Singapura
#tembak
#tentera
#TLDM
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan